Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak bekas tahanan ISA, Zulfikar Shariff, maut kemalangan di Melbourne

Dec 10, 2025 | 8:19 PM
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Mohamad Shariff (kanan) memaklumkan di Facebook pada 9 Disember bahawa anak perempuannya, Cik Sayyida Nafeesa Zulfikar, 21 tahun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Melbourne pada 9 Disember.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Mohamad Shariff (kanan) memaklumkan di Facebook pada 9 Disember bahawa anak perempuannya, Cik Sayyida Nafeesa Zulfikar, 21 tahun telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Melbourne pada 9 Disember. - Foto FACEBOOK ZULFIKAR SHARIFF

Anak perempuan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Zulfikar Mohamad Shariff, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Melbourne, Australia, pada pagi Selasa, 9 Disember.

Zulfikar, 54 tahun, yang telah menetap di Australia sejak 2002, mengesahkan berita duka itu menerusi satu hantaran di Facebook pada 9 Disember, menyatakan anak perempuannya, Cik Sayyida Nafeesa Zulfikar, “dijemput kembali kepada Allah pada 7.45 pagi (waktu Melbourne)” ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Hume, utara Melbourne, di mana Allahyarhamha Sayyida Nafeesa, 21 tahun, dalam perjalanan untuk bertugas sebagai pegawai pentadbiran di MyCollege, yang merupakan sebuah kolej Islam.

Menurut laporan media Australia, kemalangan tersebut melibatkan pertembungan antara sebuah lori dengan sebuah kereta sedan merah. 

Lori berkenaan kemudian terbalik dan merempuh sebatang tiang besar, menyebabkan tiang itu tumbang dan jatuh menghempap bumbung kereta Honda yang dipandu oleh Allahyarhamha Sayyida Nafeesa.

Kemalangan itu disifatkan sebagai kemalangan luar biasa oleh media tempatan kerana impak tiang yang jatuh menyebabkan bumbung kereta Allahyarhamha remuk teruk.

Dalam catatannya, Zulfikar menulis bahawa anaknya meninggal dalam perjalanan untuk menunaikan ibadahnya iaitu untuk ke kerja. 

Dalam hantaran di Facebook itu, Zulfikar berkongsi rasa kehilangan yang mendalam dan memberikan penghormatan emosi buat anak perempuannya itu.

“Sesiapa sahaja yang mengenalinya akan berkata bahawa beliau mempunyai hati yang tulus dan ikhlas. Beliau sangat penyayang dan mengasihi (orang lain),” tulis Zulfikar.

Beliau menyifatkan Allahyarhamha Sayyida Nafeesa sebagai seorang gadis yang bijak, bersopan santun dan sentiasa hormat orang tua serta berusaha membantu sesiapa yang memerlukan.

Di Facebooknya juga, beliau telah memaklumkan bahawa Allahyarhamha akan dikebumikan pada 11 Disember selepas zuhur di Masjid Preston di Melbourne.

“Berbahagialah untuknya... Allah telah mengambil Nafeesa pada waktu yang terbaik untuknya, Insya-Allah...”, tulisnya lagi di Facebook.

Pada November lalu, Pasukan Polis Singapura (SPF) telah mengeluarkan arahan sekatan dan pemansuhan terhadap akaun TikTok dan Facebook bernama ‘The Inquiry’ kendalian Zulfikar bagi menangani kiriman media sosial yang berbaur hasutan dalam akaun tersebut. 

Bekas warganegara Singapura itu pernah ditahan pada 2016 kerana mempromosikan keganasan dan mengagungkan kumpulan pengganas ISIS secara dalam talian. Zulfikar dibebaskan daripada tahanan pada 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg