Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Yudhoyono dilantik sebagai menteri baru, sertai kabinet Jokowi

Feb 22, 2024 | 12:59 PM



JAKARTA: Pengerusi Parti Demokrat, Encik Agus Harimurti Yudhoyono, akhirnya menggalas jawatan selaku Menteri Pertanian dan Perancangan Wilayah, dalam pentadbiran Presiden, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.


Encik Agus menggantikan Encik Hadi Tjahjanto, yang dinaikkan pangkat sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Ehwal Keselamatan yang baru, lapor akhbar The Jakarta Post.


Ini adalah kali pertama Encik Agus memegang jawatan awam, sejak meninggalkan tentera pada 2016 untuk meneruskan kerjaya dalam politik, mengikut jejak langkah bapanya, mantan presiden, Encik Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Partinya menjadi sebahagian daripada pembangkang, selepas Encik Jokowi berkuasa pada 2014. Kerjaya politik Encik Agus bermula dengan percubaannya menyertai pilihan raya gabenor Jakarta 2017.

Dengan sokongan pakatan pimpinan Parti Demokrat, Encik Agus bertanding menentang Encik Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama dan Encik Anies Baswedan yang lebih berpengalaman. Encik Anies akhirnya menang.

Menyusuli kekalahannya, Encik Agus mengasaskan badan pemikir Institut Yudhoyono pada 2017. Beliau menggantikan bapanya sebagai pengerusi Parti Demokrat tiga tahun kemudian, pada 2020.

Sebagai pengerusi, Encik Agus secara konsisten menentang pentadbiran Encik Jokowi dan meletakkan partinya sebagai salah satu daripada dua parti pembangkang, di Dewan Rakyat, bersama dengan Parti Keadilan Sejahtera (PKS).

Pada 2023, Parti Demokrat dan PKS berganding bahu dengan Parti NasDem, untuk mencalonkan Encik Anies pada pemilihan presiden 2024, dengan Encik Agus dikhabarkan sebagai calon naib presiden terkuat untuk bertanding bersama mantan gabenor Jakarta itu.

Parti Demokrat kemudian meninggalkan kem Encik Anies selepas NasDem membuat keputusan mengejut, untuk menamakan Pengerusi Parti Kebangkitan Nasional (PKB), Encik Muhaimin Iskandar sebagai pasangan Encik Anies.

Parti Demokrat akhirnya menyertai pakatan besar yang menyokong calon presiden, Menteri Pertahanan dan pengerusi Parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto, yang berpasangan dengan anak sulung Encik Jokowi, Encik Gibran Rakabuming Raka.

Encik Prabowo telah beberapa kali memuji Encik Agus dan Parti Demokrat kerana menyokong kempennya, dan sejurus selepas pengundian minggu lalu, Encik Prabowo secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada mantan presiden Yudhoyono kerana “keluar daripada persaraan” dan berjalan sejauh tujuh kilometer untuk menghadiri perhimpunan terakhirnya di Gelora Bung Karno Stadium di Jakarta.

Pelantikan Encik Agus dibuat ekoran Encik Jokowi dilihat bersarapan pagi bersama Encik Agus pada Januari, semasa lawatan kerjanya ke Jawa Tengah, dan selepas Encik Gibran melawat Encik Agus dan bapanya di kediaman keluarga mereka, di Cikeas, Jawa Barat pada awal Februari. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >