Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Anasir' ganggu kelancaran kempen pilihan raya M'sia

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dicemari dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan bahan kempen.



Insiden merosakkan bahan kempen yang berlaku di beberapa lokasi di Malaysia sejak bermulanya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah melihat pihak polis membuka 22 kertas siasatan melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan PRU15.



Pengarah Bahagian Operasi Pilihan Raya Umum di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Pesuruhjaya Hazani Ghazali, dilaporkan berkata bahawa terdapat sekurang-kurangnya 10 kes melibatkan bahan-bahan kempen seperti poster, sepanduk dan bendera yang koyak atau rosak dilaporkan di beberapa negeri serta juga di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.



Kelmarin, satu laporan polis dibuat oleh wakil Barisan Nasional (BN) di Balai Polis Presint 11 Putrajaya berhubung beberapa poster dan bahan kempen calon BN, Tengku Adnan Tengku Mansor.



Ia telah diconteng dan ditulis dengan kata-kata kesat menggunakan cat berwarna hitam.



"Sudah empat kali pilihan raya di sini, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Tapi pada PRU kali ini, ada pihak sengaja rosakkan poster-poster BN,'' kata Tengku Adnan.



Pada Selasa lalu, polis membuka kertas siasatan dan mengesan pelaku yang merosakkan bendera serta poster BN di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.



Selain itu, tiga poster dan gegantung calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Segambut, Cik Hannah Yeoh, telah dikoyak dan digunting.



Cik Hannah menulis di Twitter berpendapat bahawa budaya membenci atau politik negatif seumpama itu berpunca daripada perbuatan mempolitikkan etnik di Malaysia.



Perbuatan merosakkan poster, kain rentang, tiang bendera serta insiden-insiden melibatkan politik negatif dan budaya membenci telah mencemari kempen pilihan raya.



Sebelum Hari Penamaan Calon pada 5 November lalu, dua acara berasingan yang dianjurkan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diganggu oleh individu yang mengejek dan membaling botol-botol plastik ke arah orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >