Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ancaman Russia: Warga AS, sekutu digesa keluar Ukraine

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya semalam menggesa rakyat masing-masing untuk meninggalkan Ukraine dengan segera bagi mengelakkan pencerobohan Russia, termasuk kemungkinan serangan udara, yang menurut Washington boleh berlaku bila-bila masa.



Amerika dan negara-negara Eropah telah meningkatkan amaran mengenai kemungkinan serangan sedang Moscow menuduh negara-negara Barat dengan sengaja menyebarkan pembohongan bagi mengalihkan perhatian terhadap tindakan negara-negara Barat yang bertindak agresif.



Russia sejauh ini telah mengumpul lebih 100,000 tentera di sempadan Ukraine telah menafikan ia merancang untuk melakukan serangan.



Presiden AS, Encik Joe Biden semalam memberi amaran beliau tidak akan menghantar pasukan tentera untuk menyelamatkan rakyat negara Amerika di Ukraine sekiranya Russia menyerang negara itu.



Beliau menggesa semua rakyat AS yang masih ada di Ukraine supaya serta-merta meninggalkan negara itu.



Katanya, keadaan boleh berubah menjadi 'di luar kawalan' pada bila-bila masa.



"Rakyat AS di Ukraine perlu segera keluar dari negara itu kerana kita berdepan dengan ancaman ketenteraan paling besar di dunia.



"Situasi boleh menjadi sangat tidak menentu pada bila-bila masa dan kita tidak akan menghantar pasukan tentera ke Russia untuk menyelamatkan anda semua," kata Presiden Biden.



Beliau menegaskan, AS tidak akan terlibat dalam perang yang dilakukan Russia.



Pegawai AS, yang masih membuka laluan diplomasi, berkata Russia boleh menyerang sebelum tamatnya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berakhir 20 Februari ini dengan menawan Kyiv, ibu kota Ukraine dan bandar-bandar lain.



Penasihat keselamatan AS, Encik Jake Sullivan berkata:



"Kami terus melihat tanda-tanda peningkatan tekanan dari Russia, termasuk kedatangan tentera baru di sempadan Ukraine.



"Sekiranya serangan Russia ke atas Ukraine diteruskan, ia mungkin bermula dengan serangan udara dan serangan peluru berpandu yang jelas boleh mengorbankan orang awam tanpa mengira kewarganegaraan mereka," jelasnya lagi.



Kenyataan Encik Sullivan itu dibuat sedang AS meningkatkan keanggotaan tenteranya di Poland dengan tambahan 3,000 tentera bagi meyakinkan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di tengah-tengah kebimbangan memuncak mengenai pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Anggota tambahan daripada 82nd Airborne Division itu adalah pasukan tindakan cepat utama AS, yang sudah ditempatkan dalam keadaan bersiap siaga sejak akhir bulan lalu atas permintaan Presiden Joe Biden.



Encik Biden mahu menunjukkan sokongan kepada sekutu AS di Eropah Timur dalam menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan oleh Russia.



Menurut seorang pegawai pertahanan, pasukan terbabit akan meninggalkan pangkalan dalam masa terdekat dan dijangka tiba di Poland awal minggu depan.



Tentera itu akan menyertai kira-kira 2,000 tentera udara yang dimaklumkan penghantaran pada 2 Februari.



Seramai 1,700 anggota di Poland dan selebihnya di Jerman, yang mana tentera AS di Eropah mempunyai ibu pejabatnya.



"Seperti dimaklumkan, 5,000 anggota tambahan ini terdiri daripada pasukan mudah alih dan fleksibel, mampu melakukan pelbagai misi.



"Mereka dikerah bagi meyakinkan sekutu Nato AS, menghalang sebarang kemungkinan pencerobohan terhadap bahagian timur Nato, menjalani latihan bersama pasukan tuan rumah dan menyumbang kepada pelbagai kemungkinan," kata pegawai AS yang enggan namanya disiarkan.



Mereka adalah tambahan kepada kira-kira 80,000 tentera AS yang ditempatkan di Eropah, sama ada secara tetap atau giliran.



Dalam peningkatan dramatik amaran ancamannya, Rumah Putih pada Jumaat dilaporkan berkata, Russia boleh menyerang Ukraine dalam beberapa hari akan datang, malah sebelum berakhirnya Sukan Olimpik Beijing pada 20 Februari. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >