Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anggota Dewan Kongres AS tiba untuk lawatan ke Taiwan

Jan 24, 2024 | 01:48 PM



TAIPEI: Dua penggubal undang-undang Amerika Syarikat tiba di Taipei pada 24 Januari 2024 bagi menunjukkan sokongan selepas pilihan raya presiden di negara pulau itu baru-baru ini.


Ia adalah lawatan kedua oleh pegawai Amerika pada Januari ini, dan dibuat selepas negara Pasifik Nauru secara tidak dijangka mengumumkan ia memutuskan hubungan dan beralih untuk setia kepada Beijing.

Perubahan pendirian itu berlaku hanya beberapa hari selepas pilihan raya presiden Taiwan, bermakna hanya 12 negara termasuk Holy See kini secara rasmi mengiktiraf Taiwan, yang didakwa Beijing sebagai sebahagian daripada China.

Pilihan raya presiden Taiwan yang berlangsung awal Januari 2024 itu dimenangi oleh Encik Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik, yang China anggap sebagai “pemisah”.

Beijing memberi amaran sebelum hari mengundi bahawa kemenangannya akan membawa “perang dan kemerosotan” kepada Taiwan.

Kededua anggota dewan kongres Amerika itu, Encik Ami Bera dan Encik Mario Diaz-Balart, pengerusi bersama kumpulan anggota kongres yang menyokong Taiwan, tiba di Taipei pada 24 Januari, kata kenyataan dari pejabat Encik Bera.

“Semasa di sana, kededua wakil itu akan berhubung dengan pegawai kanan dan pemimpin perniagaan,” ujarnya.

“Matlamat kunjungan itu adalah untuk mengesahkan sokongan Amerika terhadap Taiwan, berikutan kejayaan pilihan raya demokrasi mereka selain menunjukkan perpaduan serta komitmen terhadap demokrasi.

Encik Bera adalah anggota Demokrat California manakala Encik Diaz-Balart pula anggota Republikan dari Florida.

Taiwan mempunyai pemerintah, ketenteraan dan mata wangnya sendiri tetapi China mendakwanya sebagai wilayahnya dan tidak pernah menolak kemungkinan menggunakan kekerasan untuk kembali berkuasa ke atas Taiwan.

Pada 22 Januari 2024, kementerian pertahanan Taipei berkata ia telah mengesan enam belon risikan China di sekitar Taiwan pada hujung minggu dengan salah satunya terbang tepat di atas pulau itu. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >