Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

AS dijangka umum pakej lebih AS$300j bantu tentera Taiwan

Jul 28, 2023 | 03:04 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dijangka mengumumkan ia akan memberi bantuan ketenteraan kepada Taiwan bernilai lebih AS$300 juta ($400 juta), kata dua pegawai Amerika – satu langkah yang mungkin menimbulkan kemarahan China.


Kongres meluluskan bantuan senjata di bawah Penguasa Pengeluaran Presiden bernilai sehingga AS$1 bilion untuk Taiwan dalam belanjawan 2023.

Seorang pegawai yang mendedahkan demikian dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata pakej itu dijangka bernilai sekitar AS$330 juta.

Rumah Putih enggan mengulas.

Pengumuman rasmi itu dijangka tidak termasuk senarai sistem persenjataan yang dibekalkan kelak.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, empat sumber berkata pakej itu dijangka termasuk empat dron peninjau tanpa senjata MQ-9A tetapi memaklumkan bahawa para pegawai yang meneliti butirannya mungkin meniadakan peralatan canggih daripada dron tersebut kerana ia hanya dibenarkan untuk kegunaan tentera udara Amerika.

Isu lain ialah siapa yang akan membayar perubahan pada dron itu, kata salah seorang pegawai yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Tidak segera diketahui sama ada dron itu masih sebahagian daripada pakej tersebut.

Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Amerika tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Taiwan sebelum ini bersetuju untuk membeli empat dron MQ-9B SeaGuardian yang lebih canggih keluaran General Atomics, yang dijadual untuk penghantaran pada 2025.

China memandang Taiwan yang ditadbir secara demokrasi sebagai wilayahnya sendiri dan telah meningkatkan tekanan tentera ke atas pulau itu sejak tiga tahun lalu.

Ia tidak pernah mengetepikan penggunaan kekerasan untuk membawa pulau itu di bawah kawalannya.

Taiwan menolak sekeras-kerasnya tuntutan kedaulatan China dan berkata hanya rakyat Taiwan boleh menentukan masa depan mereka.

Meramalkan bantuan yang akan datang, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin pada 16 Mei memberitahu panel Senat:

“Saya gembira bahawa Amerika Syarikat tidak lama lagi akan memberikan bantuan keselamatan tambahan yang signifikan kepada Taiwan melalui Penguasa Pengeluaran Presiden yang diberi kuasa oleh Kongres tahun lalu.”

Terdahulu pada Julai, jeneral tertinggi Amerika berkata Amerika dan sekutunya perlu mempercepat penghantaran senjata ke Taiwan pada tahun-tahun akan datang untuk membantu pulau itu mempertahankan dirinya.

Beijing telah berulang kali menuntut Amerika, pembekal senjata terpenting Taiwan agar menghentikan penjualan senjata ke pulau itu.

Jeneral Mark Milley, pengerusi Ketua Turus Bersama, berkata Taiwan memerlukan senjata seperti sistem pertahanan udara dan yang boleh menyasarkan kapal dari darat.

Taiwan berkata perbelanjaan pertahanannya tahun ini akan menumpukan kepada penyediaan senjata dan peralatan untuk “sekatan penuh” oleh China, termasuk alat ganti untuk pejuang F-16 dan menambah senjata. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >