Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban banjir besar Pakistan capai lebih 1,260

Sep 04, 2022 | 05:30 AM



KARACHI: Jumlah kematian dan mangsa banjir terburuk di Pakistan terus meningkat semalam, dengan lagi 57 orang maut - 25 daripadanya kanak-kanak.



Ketika ini, pemerintah Pakistan mengalami kesukaran dalam melaksanakan operasi bantuan dan menyelamat pada skala yang tidak pernah dijangkakan.



Satu lembaga peringkat tinggi yang dibentuk bagi menyelaras usaha bantuan, telah mengadakan pertemuan buat pertama kali di Islamabad semalam, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Encik Shehbaz Sharif, bagi meneliti keadaan dan kesan bencana.



Keadaan hujan monsun yang mencecah rekod dan kecairan bongkah ais di pergunungan utara negara telah menjejas 33 juta orang dan mengorbankan sekurang-kurangnya 1,265 orang, termasuk 441 kanak-kanak, lapor agensi berita Reuters.



Lagi 12,577 yang lain cedera.



Penguasa Pengurusan Bencana Nasional (NDMA) sebelum ini memaklumkan 169,676 orang telah diselamatkan dan 627,793 lagi ditempatkan di pusat pemindahan sementara.



Selain itu, dianggarkan sebanyak 1,427,039 kediaman musnah, manakala 735,584 ternakan mati akibat banjir di seluruh negara. Bencana tanpa henti ini, yang disebabkan oleh perubahan iklim, masih terus berlaku.



Jumlah kematian kanak-kanak yang besar telah meningkatkan keprihatinan.



Kelmarin, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) berkata terdapat risiko berlakunya "lebih banyak" kematian kanak-kanak akibat penyakit daripada banjir yang berlaku.



Banjir yang berlaku telah menjejas sepertiga negara ini yang sebelumnya menghadapi empat gelombang haba dan beberapa kebakaran hutan.



"Tahun 2022 membawa beberapa realiti buruk kepada Pakistan," kata ketua NDMA, Leftenan Jeneral Akhtar Nawaz, semasa taklimat kepada kepimpinan tertinggi negara.



"Tahun ini kita tidak menyaksikan musim bunga - kita menyaksikan empat gelombang haba yang menyebabkan kebakaran hutan besar-besaran di serata negara," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >