Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban meningkat sedang Israel gempur Hamas di Tengah Gaza

Dec 28, 2023 | 06:20 PM



GAZA: Tentera Israel terus menggempur pusat Gaza melalui darat, laut dan udara dan pihak berkuasa Palestin melaporkan berpuluh-puluh lagi kematian, dengan agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata beribu-ribu orang cuba melarikan diri daripada pertempuran.


Israel tetap berazam untuk menghapuskan kumpulan Hamas sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu ke atas Israel pada 7 Oktober, di sebalik gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata dan meredakan krisis kemanusiaan di Gaza.

Pesawat Israel dilaporkan melakukan tiga serangan di Al Nuseirat di tengah Gaza, membunuh tujuh orang dan mencederakan beberapa yang lain, kata pegawai perubatan pada 27 Disember.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata puluhan ribu orang melarikan diri dari serangan sengit Israel di Khan Younis dan kawasan tengah dengan berjalan kaki, menaiki keldai atau kereta.

Tempat perlindungan sementara sedang dibina di sepanjang jalan, kata WHO pada 27 Disember.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza berkata serangan udara Israel juga membunuh 20 rakyat Palestin pada 27 Disember berhampiran Hospital Al-Amal di Khan Younis di selatan Gaza.

Tiada komen segera daripada tentera Israel.

Di daerah Al-Maghazi di tengah Gaza, lima rakyat Palestin terbunuh dalam satu serangan udara, kata pegawai perubatan, manakala di utara Bandar Gaza, pegawai kesihatan berkata mayat tujuh rakyat Palestin dibawa ke Hospital Al-Shifa.

Tentera Israel melaporkan pada 27 Disember bahawa tiga lagi askarnya terbunuh, menjadikan jumlah keseluruhan tenteranya yang maut kepada 166 sejak operasi darat bermula pada 20 Oktober.

Dalam bidang diplomatik, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, dilaporkan menyeru Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, supaya berusaha ke arah gencatan senjata yang bertahan lama dengan bantuan rakan serantau dan antarabangsa.

Perang meletus selepas Hamas membunuh lebih 1,400 orang dan menawan 240 tebusan dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Tindak balas tentera Israel menerusi pengeboman udara dan serangan darat sehingga kini telah membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan 55,243 tercedera.

Pemerintah Barat dan kerajaan di Timur Tengah telah menyatakan kebimbangan mengenai konflik yang semakin meluas, termasuk di sempadan utara Israel dengan Lebanon.

Pada 27 Disember, Hezbollah melancarkan lebih banyak roket dan dron bersenjata berbanding hari sebelumnya, kata sumber keselamatan.

Tentera Israel berkata pesawat pejuangnya telah menyasarkan pangkalan tentera Hezbollah dan tempat lain di Lebanon.

Menteri Kabinet Israel, Encik Benny Gantz, berkata: “Jika dunia dan pemerintah Lebanon tidak bertindak untuk menghalang tembakan ke atas penduduk utara Israel, dan menjauhkan Hezbollah daripada sempadan, Angkatan Tentera Israel akan melakukannya,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata serangan tenteranya ke atas militia Iraq yang disokong Iran pada 25 Disember, bertujuan untuk menghalang Iran dan kumpulan tersebut daripada menyerang kakitangan dan pangkalan Amerika.

Serangan dron oleh militan bersekutu Iran pada 25 Disember telah mencederakan tiga rakyat Amerika.

Ketegangan juga meningkat antara tentera Israel dengan rakyat Palestin di Tebing Barat yang menyaksikan enam rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Tulkarm pada 27 Disember. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >