Anutin dipilih semula PM Thai selepas raih undi terbanyak di Parlimen

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anutin dipilih semula PM Thai selepas raih undi terbanyak di Parlimen

Mar 19, 2026 | 3:42 PM

Anutin dipilih semula PM Thai selepas raih undi terbanyak di Parlimen

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Anutin Charnvirakul yang memimpin Parti Bhumjaithai telah dipilih semula sebagai perdana menteri Thailand selepas memperoleh bilangan kerusi tertinggi dalam undian di Parlimen pada 19 Mac 2026.
Encik Anutin Charnvirakul yang memimpin Parti Bhumjaithai telah dipilih semula sebagai perdana menteri Thailand selepas memperoleh bilangan kerusi tertinggi dalam undian di Parlimen pada 19 Mac 2026. - foto: AFP

BANGKOK: Encik Anutin Charnvirakul telah dipilih semula sebagai perdana menteri Thailand pada 19 Mac, selepas berjaya memenangi undian parlimen, sekali gus diberi mandat baru untuk menerajui ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

Berikutan pilihan raya umum 8 Februari, Parti Bhumjaithai pimpinannya, memperoleh bilangan kerusi tertinggi. Encik Anutin memperoleh 293 undi dalam dewan rakyat yang mempunyai 500 anggota - keputusan selesa dan melepasi ambang yang diperlukan.

Beliau mengalahkan ketua pembangkang Encik Natthaphong Ruengpanyawut dari Parti Rakyat, yang menerima 119 undi.

Encik Anutin menjadi perdana menteri Thailand pertama yang diundi kembali untuk memegang jawatan dalam tempoh dua dekad, menggariskan pergolakan yang telah menghantui ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu.

Dalam perubahan nasib yang menakjubkan bagi parti yang telah bergelut untuk meninggalkan kesan dalam politik Thailand, Bhumjaithai memperoleh kemenangan pilihan raya yang muktamad ke atas pesaing reformisnya selepas memanfaatkan gelombang nasionalisme yang timbul daripada konflik ketenteraan dengan Kemboja pada 2025.

Kebanyakan kejayaan Encik Anutin adalah hasil sikap oportunisnya dalam merebut kemerosotan parti Pheu Thai yang pernah dominan, pertama dengan meninggalkan kerajaan campurannya, kemudian bergerak pantas untuk membentuk kerajaannya sendiri selepas mahkamah memecat perdana menteri kedua dalam tempoh lebih setahun.

Pakatan gabungan Bhumjaithai dengan Pheu Thai dan sekumpulan parti kecil berdiri teguh dalam undian yang berlangsung pada 19 Mac, dengan Encik Anutin dengan selesa mendapat 251 undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya semula.

Pakatannya dijangka menguasai 292 daripada 499 kerusi di Parlimen.

Menjelang undian, Encik Anutin, 59 tahun, berikrar untuk segera berusaha membentuk Kabinet dan menyelesaikan masalah yang membelenggu Thailand.

“Suara anda didengari sama rata,” katanya kepada penggubal undang-undang pesaing.

“Saya sedia menerima cadangan supaya saya dapat menjalankan tugas saya sebagai ketua kerajaan. Kita semua mempunyai matlamat yang sama - kesejahteraan untuk rakyat,” ujarnya.

Encik Anutin, seorang penyokong diraja yang tegar, telah menjadi tonggak utama dalam politik Thailand, mengharungi dua dekad pergolakan dengan meletakkan Parti Bhumjaithai secara strategik di antara golongan elit yang terjerat dalam pertelingkahan perebutan kuasa yang sukar diselesaikan.

Kemenangan beliau dan kelulusan parlimen memberikannya mandat pertama yang jelas untuk memimpin sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang telah lama terbantut, dibelenggu oleh hutang isi rumah yang tinggi dan menghadapi rintangan daripada ketidakpastian perdagangan dan kesan daripada perang Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Naluri kelangsungan hidup Encik Anutin dan keupayaannya untuk mengatasi jurang politik boleh menjadi aset terbesarnya, kata beberapa penganalisis, dengan Parti Bhumjaithai telah terselamat daripada kemurkaan tentera dan badan kehakiman Thailand - jurutera di sebalik kejatuhan pelbagai kerajaan dan parti. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg