Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar catat sejarah hadiri perhimpunan Umno selepas 25 tahun dipecat

Jun 09, 2023 | 02:56 PM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali mencatat sejarah apabila beliau memasuki Dewan Merdeka untuk menghadiri perhimpunan agung Umno 2023 pada Jumaat – 25 tahun selepas beliau dipecat daripada Umno.


Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 9 pagi dan disambut oleh Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain termasuk Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden  Kongres India Malaysia (MIC), Tan Sri SA Vigneswaran; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup, juga dilihat masuk ke Dewan Merdeka.

Hadir sebagai tetamu kehormat, Datuk Anwar turut diiringi beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan yang lain termasuk pengerusi Gabungan Parti Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Ewon Benedick.

Turut hadir semula ke ibu pejabat Umno ialah Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang meletak jawatan selepas digantung keanggotaannya pada 2016.

Sudah menjadi tradisi parti Melayu terbesar itu menjemput rakan kongsinya dalam kerajaan, parti komponen Barisan dan parti-parti rakan BN.

Dalam pada itu, Pengerusi BN, Datuk Ahmad Zahid, menyatakan BN akan menggunakan kombinasi 2R yang merujuk ‘retain’ (kekalkan) dan ‘regain’ (merampas kembali) sebagai strategi untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurutnya, kombinasi formula itu sudah pun dibincangkan dengan rakan komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau optimis bahawa apa yang dirancangkan itu akan berjalan lancar sebaik enam negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Insya-Allah bagi PRN di enam negeri, kita akan menyusun gerak kerja kita bersama-sama rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk kita bukan hanya ‘regain’ tetapi yang penting matlamat utamanya adalah ‘to retain’ (untuk mengekalkan) kerusi-kerusi yang kita ada.

“Oleh itu, kombinasi antara ‘retain’ dan ‘regain’ ini telah kami perbincangkan dengan rakan-rakan kongsi politik kita.

“Insya-Allah apabila kerusi DUN dibubarkan pada akhir bulan ini, saya yakin gerak kerja kita akan bertambah lancar,” katanya pada sidang media selepas melawat Laman Media di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL.

Ditanya perkembangan terkini agihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk PRN tidak lama lagi, Presiden Umno itu berkata ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Mengulas komposisi kerusi yang bakal diterima, beliau berkata ada formula tertentu yang digunakan pakai dan dipersetujui BN dan PH.

“Kita telah sampai ke penghujung untuk memuktamadkannya, insya-Allah.

“Mengenai berapa ramai calon (BN), ia bergantung pada pembahagian kerusi apabila dimuktamadkan. Maka itulah jumlah yang kita ada tandingi. Insya-Allah kita akan memperoleh kerusi-kerusi yang boleh kita menang,” katanya. – The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >