Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Kerajaan patuh kepada dasar berhubung kalimah Allah

Jun 08, 2023 | 12:54 PM



KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan akui dan patuh kepada dasar-dasar sedia ada bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam di semenanjung dan bersyarat bagi yang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.


Datuk Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menjadi pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Ehwal Agama Islam (MKI), pada Rabu.

Pertemuan itu adalah bagi Datuk Anwar menjelaskan kepada Sultan Sharafuddin mengenai keputusan kerajaan menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang membenarkan bantahan seorang warga Sarawak, Cik Jill Ireland Lawrence Bill, terhadap Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia.

Perkara itu adalah berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam.

Datuk Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau telah menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati undang-undang negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai pemimpin Islam di negeri masing-masing, termasuk juga peranan Majlis Raja-Raja dalam menentukan perkara yang berkaitan dengan agama Islam di peringkat persekutuan.

“Selepas perbincangan itu, saya menghormati pandangan Sultan, yang sejajar dengan keputusan Kabinet pada Mei lalu, bahawa isu berkenaan penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak harus diselaras dan dijelaskan kepada MKI yang bertanggungjawab menasihati Majlis Raja-Raja,” kata Datuk Anwar.

Beliau menambah bahawa Sultan Sharafuddin, selaku pengerusi MKI, telah bersetuju untuk membawa perkara itu bagi dibincangkan oleh majlis pada Ogos ini sebelum diajukan untuk pertimbangan dan dihalusi oleh Majlis Raja-Raja pada Oktober kelak.

“Kerajaan juga komited untuk menyelaraskan dasar sedia ada berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja yang akan diguna pakai sebagai dasar berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam di Malaysia.”

Sementara itu, Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan berasingan meminta Kerajaan Persekutuan supaya segera menyelesaikan perkara berkaitan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata oleh kerana perkara ini melibatkan soal agama yang sensitif, kerajaan mesti menyelesaikan dengan penuh hemat dan bertanggungjawab.

“Selaku pengerusi MKI, saya juga telah menyuarakan pandangan, di mana Yang di-Pertuan Agong bersetuju bahawa perkara ini seharusnya dibawa kepada MKI terlebih dahulu untuk dibincangkan, selaras dengan tanggungjawab MKI bagi menasihati Raja-Raja Melayu mengenai pentadbiran ehwal Islam di peringkat Persekutuan,” kata Sultan Sharafuddin.

Sultan juga menyeru semua pihak supaya menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam perkara berkaitan agama Islam.

“Saya menggesa setiap orang supaya jangan menjadikan perkara ini isu politik, membangkitkan atau membahaskan tentang penggunaan kalimah Allah di kalangan orang-orang bukan Islam ini sehingga Majlis Raja-Raja membuat keputusan muktamad.

“Ini adalah untuk memastikan bahawa keharmonian masyarakat di Malaysia kekal teguh bagi memelihara kemantapan sosial dan ekonomi negara,” kata Sultan Sharafuddin. – The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >