Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar komited hapus budaya rasuah menerusi tata kelola baik kerajaan

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berusaha mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat dengan menghapuskan budaya 'sakau-menyakau' melalui tata kelola yang baik dalam pentadbiran kerajaan.



Datuk Anwar berkata rakyat diminta memberi tempoh beberapa tahun kepada dirinya untuk membuktikan apa yang dijanjikan walaupun usaha itu sebenarnya bukan mudah.



Ini kerana, katanya, amalan rasuah dalam negara pada ketika ini sudah menjalar di semua peringkat pentadbiran kerajaan.



"Oleh itu, kerajaan perlu memperbetulkan perkara ini (rasuah) yang mana amalan itu bukan hanya membabitkan individu tertentu sebaliknya disifatkan sebagai satu sistem.



"Saya buka fail (kerajaan) dalam beberapa keputusan setahun dua ini dan ia penuh dengan kecurangan serta nafsu serakah pemimpin.



"Justeru, kali ini saya tidak peduli sama ada dia orang Cina atau Melayu atau daripada parti mana sekalipun. Sekiranya ada kes, Peguam Negara ambil tindakan pendakwaan supaya menjadi pengajaran," katanya kepada Berita Harian Online.



Beliau berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, pada Jumaat.



Dalam majlis itu, Datuk Anwar berkata beliau memberi tumpuan untuk menaikkan gaji penjawat awam di peringkat bawah, yang ketika ini gaji yang diterima tidak setimpal dengan pembangunan dan kos sara hidup.



"Kita kini mengharapkan pertumbuhan ekonomi rancak dan hasil cukai bertambah yang (mana) jika trend ini berlaku satu ke dua tahun ketika itu gaji penjawat awam akan dinaikkan," katanya.



Sementara itu, Datuk Anwar berkata, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bekerja dalam satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam memastikan kestabilan politik terus terjamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >