Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar komited utamakan kepentingan, hak rakyat

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat adalah tunggak utamanya.



Beliau, menerusi satu hantaran di Facebook, melahirkan rasa syukur selepas secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, semalam.



"Alhamdulillah, secara rasminya telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula hari ini (semalam) sehingga esok (lusa," kata Datuk Anwar.



Menurut beliau, tanggungjawab tersebut akan digalas dengan meletakkan kepentingan dan hak rakyat sebagai tunggak utama.



"Kami (wakil rakyat) akan bekerja sesungguhnya dengan menjunjung peranan institusi Parlimen dan mempertahankan Perlembagaan," katanya.



Terdahulu, Datuk Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mengetuai 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan semalam.



Dalam masa yang sama, Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Deasdwan Rakyat.



Ia dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar yang juga menteri kewangan, lapor Bernama.



Semalam dilaporkan, RUU itu dibentangkan bertujuan untuk membayar gaji penjawat awam dan perbelanjaan operasi lain bagi memastikan kerajaan dapat berjalan lancar sehingga bajet baru diluluskan.



Datuk Anwar berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sidang Parlimen ke-15 yang bermula hari ini sehingga esok.



Dalam perbahasan di Parlimen semalam, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani berkata usul percaya terhadap Datuk Seri adalah penting bagi memastikan kerajaan berkhidmat sepenuh penggal dan diberi peluang untuk memartabatkan ekonomi negara.



Menurutnya jika percaturan politik berterusan di negara ini, Malaysia akan berisiko ketinggalan jauh di belakang Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand dari segi pembangunan ekonomi.



"Kita telah membuang masa dengan tiga perdana menteri dalam tempoh empat tahun lalu dan ketinggalan di belakang jiran serantau," katanya ketika membahaskan usul percaya itu.



Datuk Johari, yang merupakan bekas menteri kewangan kedua, berkata kestabilan politik akan menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih besar.



Memetik contoh Sri Lanka, yang awal tahun ini mengalami krisis ekonomi yang membawa kepada muflis, Datuk Johari berkata, nasib sama menanti Malaysia jika gagal memperbaiki ekonominya



Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof membentangkan usul percaya terhadap kepimpinan Datuk Anwar dan dibahaskan 12 Ahli Parlimen.



Usul undi percaya itu kemudiannya diluluskan dengan undian suara sekali gus mengesahkan Daruk Anwar mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke-10.



Datuk Anwar kini mendapat sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dengan 148 Ahli Parlimen di bawah blok kerajaan. Pembangkang, Perikatan Nasional (PN), mempunyai 74 Ahli Parlimen.



Dalam pada itu, Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini dikecualikan daripada memakai tali leher.



Kebenaran itu diputuskan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, selepas mendapat permintaan serta cadangan daripada wakil rakyat.



"Cuma satu peringatan dan permintaan, ada cadangan sebelum untuk esok, mereka yang nak memakai sut, saya mengecualikan daripada memakai tali leher," katanya sebelum menangguhkan persidangan semalam.



Dengan pengecualian itu, Johari berkata, Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat hari ini boleh memakai set baju Melayu atau sut tanpa tali leher.



Berdasarkan garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, bagi individu lelaki yang memasuki Parlimen harus mengenakan kot, berseluar panjang dan disesuaikan dengan kemeja lengan panjang serta bertali leher.



Pilihan warna bagi seluar dan kot harusnya sepadan dan digalakkan berwarna hitam atau gelap.



Bagi wanita pula, harus mengenakan kot, kemeja, berseluar panjang atau skirt labuh dengan pilihan warna hitam atau gelap.



Bagi setiap hari Khamis, mereka yang memasuki Parlimen dibenarkan memakai baju batik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >