Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Malaysia dan Singapura harus hurai, gerak langkau isu bagi tingkat jalinan

Sep 15, 2018 | 03:38 PM



PEMIMPIN politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata  tindakan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi    isu dua hala seperti Kereta Api Berkuasa Tinggi  Kuala Lumpur-Singapura dan harga air adalah betul, tetapi dua negara itu    harus berusaha menyelesaikannya dan melangkah lebih jauh.



Dalam satu temu bual yang diterbitkan pada   Khamis (13 Sep), beliau berkata beberapa perjanjian di bawah bekas perdana menteri Datuk Seri  Najib Razak disangsi,  dan beberapa pendirian  dan pandangan politik  yang diambil Singapura dilihat sebagai ketertaluan.



“Tetapi saya fikir kita perlu bergerak ke depan,” katanya. “Yang penting ialah terus berusaha  menyelesaikan dan mengatasi kedua-dua isu ini. Pokoknya ialah   kita perlu bekerjasama.”



Dalam satu temu bual bersama  zamil kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Encik  Yang Razali Kassim, Datuk  Anwar berkata beliau mahu lebih banyak pertukaran dengan Singapura di pelbagai peringkat – pemerintah,  masyarakat sivil, pelajar, pelaburan dan perdagangan – apabila beliau  menjadi Perdana Menteri.



“Semuanya perlu dilakukan untuk mengukuhkan hubungan ini. Dua  negara ini  memerlukan  satu sama lain.”



Bakal perdana menteri itu  juga berasa  hubungan Singapura-Malaysia “akan bertambah baik” pada tahun-tahun selepas Tun Dr   Mahathir  menyerahkan kuasa kepada beliau.



Tun Dr Mahathir telah berkali-kali berkata beliau  akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Anwar, yang beliau pecat  sebagai timbalannya pada  1998 tetapi mereka berdamai  menjelang pilihan raya umum Mei 2018 untuk mengalahkan Datuk  Najib.



Gesaan    Dr Mahathir agar dikaji  semula projek kereta api berkelajuan tinggi dan harga air yang dijual kepada    Singapura menimbulkan kebimbangan.



 Dr Mahathir pada  Ogos mencadangkan harga air itu dinaikkan sebanyak 10 kali ganda, tetapi Singapura berpendirian   bahawa Malaysia  telah kehilangan hak  merundingkan semula harga air apabila ia tidak berbuat demikian pada  1987, mengikut perjanjian  1962.



“Tindakan    Mahathir membangkitkan isu itu adalah betul,”  kata Datuk Anwar.



“Sekiranya anda melihat hubungan di bawah   PM Najib sebagai baik... ia tidak semestinya sesuatu yang positif, kerana sesetengah transaksi disangsi,   diragui,” katanya sambil memetik pandangan yang dikemukakan  beberapa rakannya dalam gabungan parti yang memerintah sekarang,  Pakatan Harapan.



“Beberapa pendirian   yang diambil oleh Singapura, pandangan politik, dianggap  oleh ramai, terutamanya yang dalam pembangkang (dulu) sebagai keterlaluan,”   katanya.



Dua  negara itu  minggu lalu  bersetuju  menangguhkan kerja bagi  projek kereta api rel berkelajuan tinggi itu hingga Mei 2020.



Datuk Anwar berkata kesepakatan di Malaysia ialah   mewujudkan jalinan   kuat dengan jiran-jirannya, dan “Singapura istimewa    kerana (faktor) sejarah, ekonomi, perdagangan, budaya (faktor)."



Tetapi beliau  juga menyentuh tentang gaya kerja  berbeza dua    pihak itu, dengan berkata: “Bagi Singapura masalahnya ialah kami   di Malaysia tidak  berpendekatan bak  perniagaan (cekap dan tersusun), dan (menekan) juga    sudut budaya, yang kami  rasa Singapura kurang – tegas mengikut pertimbangan  wang,     undang-undang  dan aturan.”



“Maksud saya, anda bekerja dalam  kalangan jiran-jiran, hubungan itu harus melebihi  sedikit (pertimbangkan  itu). Bagaimanapun,   saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang besar, terlalu menyekat  dari segi menjalin hubungan semacam itu,” katanya.



Ditanya oleh Encik Yang Razali apakah maksud beliau ialah       lebih baik sekiranya Singapura  kurang berpendekatan bak perniagaan, Datuk Anwar  menjawab: “Tidak, yang saya katakan ialah Singapura sebagai sebuah negara  dibina di atas ketegasan  itu. Saya tidak mempersoalkannya.



“Tetapi saya fikir realiti tetap   realiti –   kami  cenderung bersikap lebih santai tentang fabrik sosio-budaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >