Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar pertahan 'suara' lantang banteras rasuah

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mempertahankan tindakannya bersuara lantang menentang rasuah.



Beliau berkata beliau sedar ramai orang yang mengutuknya dalam media sosial.



"Saya tahu ada komen dalam media sosial seperti 'Anwar suka main nombor'.



"Saya jarang mahu menjawab perkara ini tetapi saya ingin menyatakan di sini bahawa sebarang siasatan terhadap amalan rasuah adalah untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankannya.



"Tetapi percayalah, dalam kedudukan saya sekarang, saya tidak akan mengeluarkan kenyataan tidak berasas," kata beliau ketika berucap dalam majlis kenduri rakyat di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, di sini semalam.



Ini adalah kepulangan bagi Datuk Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 negara itu pada 24 November lalu.



Cherok Tok Kun merupakan tempat yang istimewa di hatinya kerana di sinilah tempat beliau dibesarkan.



Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata rakyat tidak seharusnya mempertahankan salah guna kuasa dan rasuah yang telah membawa kesusahan kepada rakyat.



"Bagaimana mungkin seorang menteri mempunyai berbilion harta sana sini?



"Ambil contoh projek tebatan banjir. Kita berjaya jimat RM1.8 bilion apabila kita berkuasa. Kemudian, ada isu wang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia semasa kecemasan dan tiada tender dipanggil.



"Ini tidak boleh diterima," tambah beliau.



Datuk Anwar berkata sebagai Menteri Kewangan, beliau telah melihat fail tersebut.



"Ada orang tanya 'Anwar, kalau ada salah laku, kenapa tak dakwa?'



"Pendakwaan bukan tugas saya. Jangan cabar saya," kata beliau.



Kelmarin, Datuk Anwar membidas pihak yang menggunakan istilah seperti 'sedekah' dan 'komisen' untuk melunakkan rasuah.



Katanya, fahaman yang melunakkan rasuah dengan istilah seperti 'sedekah' dan 'komisen' telah merugikan negara.



Ini setelah muncul satu video berkaitan pemberian wang kepada pengundi yang tular di media sosial, dipercayai oleh parti pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Terengganu. Video itu telah diminta disiasat semula.



Minggu lalu, Datuk Anwar berkata Malaysia boleh melakukan penjimatan hingga RM10 bilion daripada 'kebocoran' yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.



Beliau berkata 'kebocoran' boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat termasuk mengubah cara lama iaitu tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga besar dalam perolehan kerajaan.



"Kita mengalami kebocoran yang tinggi. Belum dua bulan (saya) di Kementerian Kewangan sudah kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >