Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar umum cuti khas sehari bagi mudahkan persiapan Raya

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan sewajarnya termasuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat ini, hari kelepasan am terbabit ditetapkan pada Isnin depan.



"Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu ini, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April, sebagai hari kelepasan am tambahan.



"Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh terbabit mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung pada Selasa.



Datuk Anwar berkata Kerajaan Perpaduan terus komited memastikan kebajikan rakyat di bawah Malaysia Madani sentiasa terbela dalam segenap aspek.



"Diharap dengan pelbagai ikhtiar dan program khas yang dilaksanakan, semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat memberi seribu makna buat seluruh rakyat Malaysia," katanya.



Pada masa sama, Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal pada Khamis ini dan Hari Raya Aidilfitri mungkin jatuh pada Sabtu.



Badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi itu dalam satu kenyataan di akaun Twitter, berkata ramalan itu adalah berdasarkan maklumat astronomi dan tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan pihak berkuasa selepas melihat anak bulan.



Penampakan anak bulan pada petang Khamis adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa.



"Melihat anak bulan Khamis ini tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam.



"Melihat anak bulan pada hari Khamis juga adalah mustahil dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula dari Libya. Oleh itu, kemungkinan besar hari pertama Aidilfitri jatuh pada Sabtu," katanya.



Bagaimanapun, IAC berkata terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan Khamis ini dan disebabkan berlakunya waktu konjugasi, sebelum matahari terbenam dan munculnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam. - BHM, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >