AP Parlimen Filipina arah Naib Presiden jawab tuduhan usul singkir dari jawatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AP Parlimen Filipina arah Naib Presiden jawab tuduhan usul singkir dari jawatan

Mar 4, 2026 | 4:26 PM

AP Parlimen Filipina arah Naib Presiden jawab tuduhan usul singkir dari jawatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penunjuk perasaan menggesa Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, disingkirkan daripada jawatan ketika berhimpun di luar Dewan Perwakilan di Quezon City, Metro Manila pada 2 Mac 2026. Sebuah jawatankuasa Kongres Filipina memulakan prosiding siasatan pada hari sama yang berpotensi menjejaskan peluang Sara Duterte untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada masa depan.
Penunjuk perasaan menggesa Naib Presiden Filipina, Sara Duterte, disingkirkan daripada jawatan ketika berhimpun di luar Dewan Perwakilan di Quezon City, Metro Manila pada 2 Mac 2026. Sebuah jawatankuasa Kongres Filipina memulakan prosiding siasatan pada hari sama yang berpotensi menjejaskan peluang Sara Duterte untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada masa depan. - Foto AFP

MANILA: Jawatankuasa keadilan Dewan Perwakilan Filipina mengarahkan Naib Presiden Sara Duterte memberi penjelasan terhadap beberapa aduan yang menuntut beliau disingkirkan daripada jawatan selepas mendapati terdapat asas terhadap dakwaan melibatkan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan, penyalahgunaan dana awam serta ancaman terbuka terhadap Presiden Ferdinand Marcos Jr.

Cik Sara Duterte, anak kepada bekas Presiden Rodrigo Duterte, dianggap antara tokoh utama yang berpotensi bertanding dalam pilihan raya presiden 2028 dan sebelum ini menyatakan hasrat untuk merebut jawatan tertinggi negara itu.

Jika didapati bersalah dalam perbicaraan di Senat, beliau boleh disingkirkan daripada jawatan naib presiden dan dilarang memegang sebarang jawatan kerajaan pada masa hadapan. Pasukan pembelaan Cik Sara Duterte bagaimanapun belum memberikan sebarang reaksi segera terhadap permintaan komen mengenai perkembangan tersebut.

Aduan terhadap Cik Sara Duterte merangkumi beberapa dakwaan serius, termasuk penyalahgunaan dana sulit kerajaan, rasuah serta pemilikan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

Beliau juga dituduh pernah membuat ancaman terbuka untuk membunuh Presiden Marcos, isterinya serta seorang sepupu presiden yang ketika itu memegang jawatan Speaker Dewan Perwakilan.

Keputusan jawatankuasa keadilan untuk meneruskan proses tersebut dibuat selepas ahli parlimen menilai kandungan aduan yang difailkan oleh beberapa pengadu.

Ahli Parlimen Cik Leila de Lima, yang menyokong salah satu aduan terhadap Cik Sara Duterte, berkata perkembangan itu menunjukkan usaha untuk memastikan akauntabiliti dalam kepimpinan negara semakin bergerak ke hadapan. “Ini merupakan perkembangan yang sangat baik kerana proses pertanggungjawaban kini sedang berjalan,” katanya kepada Reuters.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi memastikan semua pemimpin tertinggi negara tertakluk kepada undang-undang.

Usaha untuk menyingkirkan Cik Sara Duterte daripada jawatan berlaku di tengah tengah konflik politik yang semakin ketara antara beliau dan Presiden Marcos. Kedua-dua pemimpin itu berasal daripada keluarga politik yang sangat berpengaruh di Filipina.

Mereka sebelum ini berganding tenaga dalam pilihan raya 2022 dan mencatat kemenangan besar apabila Marcos dipilih sebagai presiden manakala Sara Duterte sebagai naib presiden. Namun hubungan politik antara kedua dua tokoh tersebut semakin renggang dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini sehingga menimbulkan ketegangan dalam pentadbiran negara.

Pemerhati politik melihat pertikaian antara dua keluarga politik besar ini sebagai perebutan pengaruh menjelang pilihan raya presiden akan datang.

Sebelum Dewan Perwakilan membuat keputusan sama ada perbicaraan di Senat perlu diteruskan, ahli parlimen terlebih dahulu akan meneliti jawapan Cik Sara Duterte terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Dewan juga akan mempertimbangkan sebarang maklum balas daripada pihak pengadu sebelum menentukan langkah seterusnya.

Pada peringkat awal, sebanyak empat aduan telah difailkan terhadap Cik Sara Duterte. Namun satu daripadanya ditolak kerana melanggar peraturan yang melarang aduan baharu difailkan dalam tempoh setahun selepas aduan sebelumnya dikemukakan.

Satu lagi aduan pula ditarik balik bagi mempercepatkan proses siasatan kerana kandungannya hampir sama dengan aduan lain yang masih dipertimbangkan.

Ini bukan kali pertama Cik Sara Duterte berdepan usaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan.
Pada 2025, beliau berjaya mengelak daripada proses tersebut selepas Mahkamah Agung Filipina membatalkan usaha berkenaan kerana didapati melanggar perlindungan yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara.

Namun perkembangan terbaharu ini menunjukkan tekanan politik terhadap beliau masih berterusan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Marcos sendiri turut berdepan usaha serupa pada Februari lalu, namun berjaya mengekalkan kedudukannya selepas sekutunya di Kongres mengundi untuk menolak usul tersebut.

Dengan ketegangan politik yang semakin meningkat dan pilihan raya presiden 2028 semakin hampir, pemerhati politik melihat perkembangan ini berpotensi menjadi titik penting dalam perebutan kuasa antara dua dinasti politik paling berpengaruh di Filipina. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg