Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Konflik di Sudan

Apabila dua panglima tentera bertempur, rakyat mati di tengah-tengah

Jun 19, 2023 | 05:30 AM



Pertempuran di Sudan kian sengit. Serangan paling hebat dilaporkan berlaku di ibu negara Khartoum, terutamanya di sekitar Istana Presiden dan lapangan terbang selain di kawasan seperti Omdurman, barat laut ibu kota dan Bahri, utara Khartoum. Keadaan menjadi semakin buruk sejak gencatan senjata berakhir minggu lalu, mengakibatkan rakyat negara itu terperangkap dalam krisis kemanusiaan.

Ketegangan akibat perang saudara di Sudan, yang melibatkan Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF), memuncak apabila kedua-dua pihak enggan beralah dan saling bertegas mahu menguasai pemerintah.

Keadaan tidak berubah dengan SAF dan RSF tidak makan pujuk untuk bersatu, yang merupakan syarat utama perjanjian bagi mengembalikan keamanan di Sudan, yang disokong masyarakat antarabangsa dan parti-parti politik negara itu.

Sudan tidak asing dengan pertempuran dalam negara dan pergolakan politik.

Pertempuran di Sudan Selatan telah mengakibatkan pemisahan dan pembentukan negara Sudan Selatan pada 2011. Ketika itu, konflik Darfur telah mengakibatkan Presiden Omar al-Bashir didakwa atas kesalahan melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang berpengkalan di The Hague, Belanda.

‘Perkahwinan untuk kesenangan?’


Pada April 2019, RSF mengambil bahagian dalam kudeta yang menyingkirkan Presiden Bashir setelah 30 tahun dalam pemerintahan. Pada mulanya mereka menyokong Bashir, tetapi dengan bantahan menentang Bashir semakin meningkat, RSF bekerjasama dengan tentera dalam rampasan kuasa itu.

Majlis Tentera Peralihan (TMC) mengambil alih kuasa dan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dilantik sebagai ketua TMC. Jeneral al-Burhan adalah panglima tentera semasa dan ketua tidak rasmi (de facto) Sudan.

TMC hanya bertahan beberapa bulan sahaja sebelum digantikan dengan Majlis Berdaulat (SC), yang merupakan perkongsian awam-tentera untuk mengemudi negara ke arah pilihan raya demokratik.

Ketua SC ialah Jeneral Burhan. Pada 2021, Jeneral Burhan dan pegawai pemerintah kedua ‘Hemedti’ mengetuai rampasan kuasa kali kedua. ‘Hemedti’ ialah panggilan popular untuk Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo, ketua RSF dan timbalan ketua Majlis Berdaulat yang memerintah Sudan.

Jeneral Burhan dan Jeneral Hemedti adalah dua panglima tentera utama di Sudan, dan saling bekerjasama dalam merampas dan berkongsi kuasa. Kedua-dua SAF dan RSF berada dalam ‘perkahwinan untuk kesenangan’, tetapi mereka terus mengabaikan isu kesepaduan RSF ke dalam tentera. Ini mengakibatkan RSF terus beroperasi secara bebas daripada tentera.

Apa yang menarik ialah rampasan kuasa pada 2021. Pengaturan perkongsian kuasa di bawah pembentukan Majlis Berdaulat, yang dibentuk pada 20 Ogos 2019, termasuklah pengaturan di mana seorang jeneral akan mengetuai majlis itu selama 21 bulan pertama, manakala seorang penduduk awam untuk baki 18 bulan seterusnya. Perkongsian kuasa akan berlangsung selama 39 bulan dan pilihan raya akan diadakan selepas tempoh itu. Rampasan kuasa pada Oktober 2021 seharusnya membubarkan majlis berdaulat tersebut dan membentuk semula keahliannya.

Ini secara langsung mengubahnya daripada sebuah pemerintah perpaduan kepada pentadbiran junta tentera.

Di bawah Perjanjian Rangka Kerja rampasan kuasa pasca 2021, tentera akan kembali ke bereknya dan RSF akan diserap ke dalam barisannya, jadi kedua-dua pasukan itu akan disatukan di bawah pemerintahan seorang panglima, iaitu Jeneral Burhan. Ini membawa kepada perebutan tuntas. Teras peperangan yang berlaku sejak dua bulan lalu adalah perebutan kuasa antara dua panglima; Burhan dan Hemedti. Siapakah mereka?

RSF and Hemedti


RSF berkembang daripada militia Janjaweed, yang berperang dalam konflik Darfur. Mereka digunakan oleh Presiden Bashir untuk membantu tentera menumpaskan pemberontakan.

Jeneral Dagalo pula lebih dikenali sebagai ‘Hemedti’. Lazimnya diceritakan bahawa pertama kali beliau menjadi pejuang dalam militia Janjaweed Sudan di Darfur adalah selepas serangan bersenjata membunuh berpuluh-puluh ahli keluarganya. Jeneral Dagalo dilahirkan pada 1974 dalam suku Mahariya dalam kalangan masyarakat Rizeigat di Darfur.

RSF telah diwujudkan pada 2013 oleh Presiden Bashir, yang meletakkan RSF secara langsung di bawah perintahnya.

RSF ditugaskan untuk melindungi Bashir daripada sebarang kudeta dan perkhidmatan perisikan yang ditakutinya. Pada 2017, undang-undang yang mengabsahkan RSF sebagai pasukan keselamatan bebas telah diluluskan.

Di bawah pentadbiran Bashir, Jeneral Hemedti dibenarkan beroperasi secara sendiri dan bebas daripada undang-undang. Beliau merampas lombong emas di Darfur. Minat Jeneral Hemedti dalam perniagaan  berkembang dengan bantuan daripada Bashir.

Keluarga Jeneral Hemedti mengembangkan pegangan saham dalam perlombongan emas, ternakan dan pembangunan prasarana. Walaupun sudah lama menjadi sekutu Bashir dan mendapat banyak manfaat di bawah pemerintahannya, Jeneral Hemedti mengambil bahagian dalam menggulingkan presiden dalam pemberontakan 2019. 

Jeneral Hemedti berasa kroni Bashir tidak pernah mempercayainya sepenuhnya. Apabila Jeneral Burhan mula mengembalikan bekas anggota rejim ke jawatan lama mereka, Jeneral Hemedti berasa kurang selesa.

Politik Sudan sentiasa dikuasai oleh golongan elit yang sebahagian besarnya datang dari kumpulan etnik yang berpusat di sekitar Khartoum dan Sungai Nil.

Jeneral Hemedti berasal dari Darfur, dan golongan elit Sudan sering menggunakan istilah-istilah yang merendah-rendahkan martabat jeneral itu dan askar-askarnya, menganggap mereka sebagai ‘orang hulu negara’ yang tidak layak untuk memerintah negeri itu.

Sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini, Jeneral Hemedti telah cuba meletakkan dirinya sebagai tokoh negara, malah sebagai wakil rakyat pinggiran. Beliau juga kerap berucap tentang perlunya demokrasi walaupun tenteranya didakwa secara kejam menumpaskan bantahan awam pada masa lalu.

Burhan, panglima tentera Sudan


Burhan dilahirkan pada 1960 di kampung Gandatu di utara Sudan. Burhan belajar di sekolah kampungnya, dan berpindah ke Shendi untuk menamatkan pendidikannya sebelum menyertai Kolej Tentera Sudan.

Walaupun Jeneral Burhan tidak menjadi terkenal sehinggalah pada 2019, beliau bagaimanapun berperanan aktif dalam ketenteraan negara lama sebelum itu, bermula sebagai pegawai pemerintah wilayah di Darfur pada awal 2000-an.

Jeneral Burhan adalah sekutu rapat presiden Bashir. Apabila Bashir digulingkan, menteri pertahanannya, Leftenan Jeneral Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf, mengambil alih. Protes berterusan menuntut Jeneral Awad meletak jawatan manakala Jeneral Burhan menggantikannya.

Jeneral Burhan menjadi pengerusi Majlis Kedaulatan, sebuah badan yang sepatutnya menyelia peralihan negara kepada pemerintahan demokrasi. Tetapi apabila tarikh penyerahan kuasa kepada penduduk awam semakin dekat pada penghujung 2021, Jeneral Burhan kelihatan keberatan untuk menyerahkan kuasa.

Pada 25 Okt. 2021, Jeneral Burhan menahan perdana menteri, menyekat Internet dan merampas kuasa, secara langsung menggelincirkan peralihan negara kepada pemerintahan demokrasi.

Menjelang 25 Oktober 2021, semua kepura-puraan bagi peralihan dari pemerintahan tentera ke pemerintahan awam pasca Bashir telah ditinggalkan apabila Jeneral Burhan membubarkan pemerintah sementara, menangkap pemimpin awam dan melantik dirinya berkuasa, dengan Jeneral Hemedti sebagai orang kanannya.

Pada Julai 2022, Jeneral Burhan berikrar untuk membenarkan kuasa politik, revolusioner dan puak lain membentuk pemerintah awam. Penganalisis percaya kegawatan politik dan ekonomi yang semakin meruncing terbukti tidak dapat mengekalkan Jeneral Burhan dan beliau mahu menggunakan proses politik untuk menyekat autonomi RSF.

Jeneral Burhan dan Jeneral Hemedti kedua-duanya telah menghadapi gesaan daripada pemimpin awam dan mangsa konflik di Darfur dan tempat lain untuk menghadapi perbicaraan atas dakwaan penderaan.

Pertaruhannya sangat tinggi, dan terdapat banyak sebab bagi bekas pemimpin yang bersekutu rapat ini, namun kemudian menjadi musuh ketat, untuk tidak berundur.

Apapun, sama ada ‘perkahwinan untuk kesenangan’ ini akan memulakan proses perceraian yang panjang lagi pahit atau hanya satu perpisahan sementara, gambaran lebih jelas akan diketahui kelak.

Satu kesimpulan yang pasti adalah Sudan kini jauh tergelincir daripada peralihan yang aman, dari satu kudeta kepada pemerintahan awam yang demokratik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >