Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan udara, pergaduhan dilaporkan jelang gencatan senjata di Sudan

May 23, 2023 | 05:31 PM



KHARTOUM: Serangan udara dan pergaduhan dilaporkan berlaku di ibu kota Sudan sejurus selepas persetujuan gencatan senjata selama seminggu dikuatkuasakan pada Isnin, dengan bau asap masih terhidu dan dentuman tembakan senjata kedengaran di sana sini sepanjang hari.


Saksi-saksi melaporkan bahawa pergaduhan berlaku di utara ibu kota Khartoum dan serangan-serangan udara di ibu kota itu berlaku sekitar 9.45 malam apabila persetujuan gencatan senjata baru dikuatkuasakan.

Beberapa pengumuman mengenai gencatan senjata yang dibuat sebelum ini kesemuanya dilanggar oleh pihak-pihak yang bertelagah – tetapi kali ini ia diatur oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Persetujuan kali ini berlainan kerana ia telah “ditandatangani oleh pihak yang bertelagah,” dan “gencatan senjata ini akan dipantau”.

Seorang saksi di selatan Khartoum melaporkan kejadian serangan udara diikuti keadaan senyap seketika sebelum gencatan senjata itu berkuatkuasa.

Serangan udara dan tembakan senjata biasanya terhenti pada waktu malam dan ini berlaku lebih lima minggu.

Pada Isnin, penduduk di Khartoum – yang cemas dengan keadaan itu – berharap dapat menemui sanak saudara yang terkandas dan melarikan diri ke tempat-tempat yang lebih selamat serta cuba mendekati kawasan bagi mengambil bantuan kemanusiaan.

Menurut mereka, seolah-olah tiada sebarang isyarat yang menunjukkan pihak-pihak yang bertelagah itu mahu menghentikan pergaduhan. Serangan-serangan udara dilaporkan berlaku sudah hampir 37 hari, menurut mereka.

“Jet-jet pejuang membedil kejiranan kami,” kata seorang penduduk di Khartoum, Encik Mahmoud Salah el-Din, kepada agensi berita AFP, beberapa jam sebelum gencatan senjata itu dikuatkuasakan.


Pergaduhan bermula pada 15 April antara pihak tentera, diketuai oleh pemimpin de facto Sudan, Encik Abdel Fattah al-Burhan, dan pasukan separa tentera, Rapid Support Forces (RSF), yang dipimpin oleh bekas timbalan Encik Burhan, iaitu Encik Mohamed Hamdan Daglo.

Menurut persetujuan “tujuh muka surat” yang dikeluarkan oleh Amerika, pihak-pihak yang bertelagah harus menggunakan masa dua hari sebelum gencatan senjata itu dikuatkuasakan pada Isnin untuk memberitahu pasukan masing-masing, dan mengarahkan mereka supaya mematuhi gencatan senjata itu.

Tetapi Encik Volker Perthes, duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa “pergaduhan dan pergerakan tentera masih berterusan hingga ke hari ini, sekalipun ada komitmen daripada kedua-dua pihak untuk tidak mengerahkan tentera masih-masing.”

Sementara tentera pemerintah menguasai pertahanan udara, mereka hanya mempunyai segelintir anggota yang menguasai di darat kerana RSF menguasai kebanyakan jalan-jalan raya.

“Kami telah melihat tiada isyarat bahawa RSF bersedia berundur dari jalan-jalan raya,” kata Encik Salah el-Din, seorang penduduk di Khartoum.

Sekitar 1,000 orang telah terbunuh dalam keganasan selama lima minggu yang memburukkan lagi negara yang dilanda kemiskinan itu ke jurang krisis lebih dalam.

Lebih sejuta orang telah berpindah-randah, termasuk lebih 250,000 orang yang lari menyeberangi sempadan Sudan, mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan serantau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >