Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan senjata dilanjutkan lagi di Sudan

May 30, 2023 | 05:39 PM



DUBAI: Pihak tentera Sudan yang bertelagah, bersetuju pada Isnin bagi satu gencatan senjata lanjutan selama lima hari, setelah berlakunya pertempuran baru dan serangan udara di beberapa bahagian di ibu kota negara itu, sekali gus menimbulkan keraguan pergaduhan antara mereka akan terhenti.


Arab Saudi dan Amerika Syarikat, yang menganjurkan gencatan senjata seminggu dan memantaunya dari jauh, mengumumkan sejurus sebelum persetujuan itu berakhir pada petang Isnin, bahawa pihak yang bertelagah itu bersetuju untuk melanjutkannya.

Walaupun gencatan senjata itu tidak dipatuhi sepenuhnya, ia membolehkan pengiriman bantuan kepada sekitar dua juta orang, menurut kenyataan bersama Arab Saudi dan Amerika.

“Lanjutan (gencatan senjata) itu memberi masa untuk pemberian bantuan kemanusiaan, pemulihan perkhidmatan yang perlu, dan perbincangan bagi satu persetujuan jangka panjang,” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber-sumber yang mengetahui tentang perjanjian baru itu berkata, perbincangan bagi pindaan persetujuan itu akan diteruskan.

Beberapa jam sebelum itu, para penduduk melaporkan pergaduhan di ketiga-tiga bandar dalam ibu kota negara itu – Khartoum, Omdurman dan Bahri. Pergaduhan sengit dan berlarutan hingga tiga hari, kata mereka.

Tentera Sudan dan spara tentera, Rapid Support Forces (RSF), terjerat dalam perebutan kuasa yang mencetuskan konflik pada 15 April, mengakibatkan ratusan orang terbunuh dan hampir 1.4 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Serangan-serangan udara, yang dilancarkan oleh pihak tentera ke atas pasukan RSF, dapat didengar hingga ke Omdurman pada tengah hari Isnin, kata beberapa penduduk di situ.

“Sejak petang semalam, berlaku pembedilan pelbagai jenis senjata antara pihak tentera dan RSF,” kata seorang penduduk Omdurman, Encik Hassan Othman, 55 tahun, kepada agensi berita Reuters melalui telefon. “Kami semua ketakutan. Mana gencatan senjata yang telah dipersetujui?”


Beberapa hari lalu, persetujuan gencatan senjata itu telah meredakan sedikit keadaan, walaupun berlaku pergaduhan secara berselerak dan serangan udara.

Arab Saudi dan Amerika berkata sebelum ini, bahawa kededua pihak yang bertelagah telah melanggar perjanjian dan menggugat usaha pengiriman bantuan kemanusiaan dan pemulihan perkhidmatan penting.

Kementerian Kesihatan Sudan berkata, lebih 700 orang telah meninggal dunia akibat pergaduhan itu, namun angka sebenar jauh lebih tinggi kerana ramai pekerja kesihatan dan bantuan tidak dapat masuk ke kawasan yang dilanda konflik.

Secara berasingan, pemerintah mencatatkan sekitar 510 kematian di El Geneina, salah sebuah bandar di Darfur, wilayah barat yang teruk terjejas dalam konflik itu.

Di Khartoum, kilang-kilang, pejabat, rumah-rumah dan bank telah dijarah atau dimusnahkan. Bekalan elektrik, air dan telekomunikasi juga terputus. Bekalan ubat-ubatan meruncing dan peralatan perubatan dan bekalan makanan juga semakin berkurangan.

Di salah sebuah rumah tumpangan terbesar bagi anak-anak yatim di Sudan, Reuters melaporkan bagaimana puluhan bayi mati sejak mulanya konflik itu, di mana salah seorang pegawai negeri di Khartoum berkata, berlaku kekurangan kakitangan dan terputusnya bekalan tenaga gara-gara pergaduhan itu.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan-kumpulan bantuan berkata, walaupun ada persetujuan gencatan senjata, mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa dan keselamatan, untuk mengangkut barang-barang bantuan serta kakitangan ke Khartoum dan beberapa tempat lain yang memerlukannya.

Ketua agensi orang pelarian PBB memberitahu Reuters bahawa sekitar sejuta orangn dijangka meninggalkan Sudan menjelang Oktober.

Lebih 350,000 orang sudah pun melarikan diri ke negara-negara jiran, kebanyakannya menuju Mesir, Chad dan Selatan Sudan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >