Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi akan uji kereta api hidrogen

Oct 09, 2023 | 02:43 PM



RIYADH: Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman, menyatakan pada Ahad bahawa kereta api hidrogen pertama di Timur Tengah akan memulakan percubaan pada minggu hadapan.


“Kereta api itu akan diuji pada minggu hadapan, diharapkan untuk diuji untuk beberapa bulan akan datang... Kita akan mempunyai kereta api hidrogen pertama di Timur Tengah,” kata menteri itu, semasa berucap di persidangan Minggu Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Riyadh.

Kereta Api Arab Saudi (SAR) secara rasmi memulakan inisiatif percubaan kereta api hidrogen di negara itu, menandakan kejayaan bersejarah selepas menjalin perjanjian dengan syarikat Perancis, Alstom.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh SAR, ujian operasi dan kajian untuk menyesuaikan kereta api dengan persekitaran akan bermula bulan ini.

Langkah strategik ini adalah persediaan untuk masa depan sejajar dengan memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Kementerian Tenaga dan SAR pada 20 Januari 2022.

SAR mengisytiharkan ujian ini sebagai detik permulaan untuk rantau Asia Barat dan Afrika Utara, kerana kereta api hidrogen ini merupakan usaha perintis dalam pengangkutan mampan.

Menurut laporan Saudi Gazette, pihak berkuasa kereta api menekankan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bagi dalam menerima teknologi pengangkutan yang mesra alam.


Menteri Pengangkutan dan Logistik, Encik Saleh Al-Jasser, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SAR, menekankan bahawa langkah ini adalah penting untuk mencapai objektif yang ditetapkan dalam Strategi Pengangkutan dan Logistik Kebangsaan.

Ini sejajar dengan rancangan untuk beralih ke sistem pengangkutan yang lebih mampan dengan memanfaatkan teknologi pintar terkini.

Encik Al-Jasser menegaskan dedikasi SAR untuk memainkan peranan utama dalam merealisasikan Inisiatif Hijau Saudi, yang merupakan sebahagian daripada Wawasan Saudi 2030 yang lebih luas.

Visi tersebut bertujuan meningkatkan pengantungan pada tenaga bersih, mengurangkan pelepasan karbon serta melindungi alam sekitar.

Encik Al-Jasser menyatakan bahawa perkongsian seperti ini akan meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada perlindungan generasi akan datang dengan menggabungkan sumber tenaga bersih dalam operasi.


Ketua Pegawai Eksekutif SAR, Dr Bashar Al-Malik, menekankan kereta api hidrogen sebagai inovasi penting dalam pengangkutan mampan, di mana tenaga untuk operasi kereta api dihasilkan tanpa pelepasan karbon. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >