Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Arab Saudi bebaskan warga AS yang buat kenyataan berbaur kritikan

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



DUBAI (Amiriah Arab Bersatu): Kerajaan Arab Saudi telah membebaskan seorang warga Amerika Syarikat berusia 72 tahun yang telah dipenjarakan kerana membuat kenyataan berbaur kritikan di saluran media sosial, Twitter, mengenai kerajaan itu dan putera mahkota, kata anak bekas tahanan itu kepada agensi berita AFP pada Selasa.



Encik Saad Ibrahim Almadi, pemegang dua kerakyatan Amerika-Saudi dan merupakan mantan pengurus projek yang telah bersara, sebelum ini tinggal di Florida.



Dia telah meringkuk di penjara selama lebih setahun setelah dijatuhkan hukuman 19 tahun penjara.



Anak lelakinya, Encik Ibrahim Almadi, berkata awal Selasa bahawa semua pertuduhan telah digugurkan dan bapanya berada di rumahnya di Riyadh bersama keluarganya tetapi dia dilarang melakukan perjalanan.



"Dia menganggap Amerika Syarikat sebagai rumah, bukan Saudi," kata Encik Ibrahim mengenai bapanya, sambil menambah bahawa dia bimbang akan kesihatan bapanya.



"Dia memerlukan rawatan dan perhatian perubatan segera di Amerika Syarikat. Atas sebab itu, larangan perjalanan agak membimbangkan kami," tambahnya.



Encik Ibrahim berkata, beliau yakin keluarganya akan dapat membawa bapanya pulang ke Amerika, dengan bantuan Jabatan Negara.



Pihak berkuasa Saudi dan Amerika tidak mengesahkan pembebasan Encik Saad.



Kes itu adalah salah satu daripada banyak dakwaan pencabulan hak asasi manusia untuk merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara, yang mempunyai perbalahan awam tahun lalu berkenaan pelbagai isu, termasuk soal bekalan minyak.



Hubungan Amerika dan Saudi terjejas ekoran pembunuhan penulis pojok akhbar Washington Post, Allahyarham Jamal Khashoggi, 59 tahun, yang dipercayai berlaku pada 2 Oktober 2018 di Istanbul, Turkey, yang dipercayai dilakukan atas arahan pemimpin kanan Saudi.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata beliau membangkitkan kebimbangan mengenai pemenjaraan Encik Saad dan kes warga Amerika yang lain dalam pertemuan dengan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa melawat Arab Saudi pada Julai 2022 untuk menetapkan semula hubungan.



Sejak kenaikan putera mahkota - seorang ketua pemerintah tidak rasmi yang berusaha untuk membuka dan memodenkan kerajaan ultrakonservatif - kumpulan hak asasi manusia telah menimbulkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang tindakan keras pihak berkuasa Saudi terhadap perbezaan pendapat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >