Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi gerak usaha damai di Ukraine dengan rundingan di Jeddah

Aug 13, 2023 | 05:30 AM



Arab Saudi menjadi tuan rumah rundingan mengenai perang Ukraine pada 5 Ogos, dalam usaha diplomatik terbarunya, yang disifatkan oleh Kyiv “tidak mudah” memandangkan pelbagai negara yang menyertainya.

Mesyuarat itu, menurut penganjur Ukraine, melibatkan wakil dari hampir 40 negara kecuali Russia, berakhir pada petang 5 Ogos selepas beberapa jam mendengar kenyataan daripada pelbagai delegasi dan perbincangan tertutup yang panjang, kata beberapa peserta.

Tiada pengisytiharan muktamad


Seperti yang dijangka, tiada pengisytiharan muktamad dikeluarkan, walaupun menurut satu sumber Eropah, terdapat persetujuan mengenai perkara-perkara penting, termasuk penghormatan terhadap “integriti wilayah dan kedaulatan” Ukraine, yang harus dijadikan asas bagi sebarang penyelesaian damai.

Pihak penganjur berjaya menghimpunkan wakil empat anggota blok BRICS yang berpengaruh, selain Russia, iaitu Brazil, India, China dan Afrika Selatan.

Keputusan China untuk menyertai rundingan di Jeddah itu menandakan kemungkinan perubahan dalam pendekatan Beijing, tetapi bukan memalingkan sokongannya terhadap Moscow, kata penganalisis.

Walaupun Beijing enggan menyertai rundingan awal di Denmark, salah sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), penganalisis berkata ia berasa jauh lebih selesa menyertai usaha di Arab Saudi, walaupun Russia tidak hadir, dan Ukraine menolak rancangannya sendiri.

“China ikut serta secara aktif dan bersikap positif” untuk mengadakan pertemuan sekali lagi, menurut sumber Eropah itu.

Namun, ketua delegasi Brazil, penasihat dasar luar, Encik Celso Amorim, menyampaikan kenyataan yang telah disiapkannya, menekankan bahawa “sebarang rundingan sebenar mesti merangkumi semua pihak,” termasuk Russia.

Salinan kenyataanya itu, yang dikongsi dengan agensi berita AFP, antara lain menyebut: “Walaupun Ukraine adalah mangsa terbesar, jika kita benar-benar mahukan keamanan, kita perlu melibatkan Moscow dalam proses ini.”


Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari 2022. Ia gagal dalam percubaannya untuk menawan ibu negara itu tetapi berjaya merampas sebahagian besar wilayah timur yang diperjuangkan oleh tentera Ukraine yang disokong Barat untuk menawannya semula.

Ukraine, yang turut hadir dalam mesyuarat itu, menjangkakan berlaku ketegangan.

“Saya meramalkan bahawa perbincangan itu tidak akan mudah, tetapi kebenaran berada di pihak kami,” kata ketua pejabat presiden Ukraine, Encik Andriy Yermak, dalam satu wawancara yang disiarkan pada Jumaat, sehari sebelum rundingan itu berlangsung.

“Kita mempunyai banyak perselisihan faham dan telah mendengar banyak pendirian, tetapi adalah penting untuk kami berkongsi prinsip kami,” kata Encik Yermak, yang mengetuai delegasi Kyiv ke rundingan itu. “Tugas kami adalah untuk mendapatkan sokongan dunia terhadap Ukraine.”

Melibatkan BRICS

Rundingan Jeddah itu menyusuli perbincangan tidak rasmi di Copenhagen pada Jun, yang juga tidak menghasilkan pengisytiharan muktamad.

Para diplomat berkata mesyuarat anjuran Ukraine itu bertujuan melibatkan pelbagai negara dalam usaha mewujudkan keamanan, terutamanya ahli blok BRICS, dengan Russia mengambil pendirian lebih neutral dalam perang, berbeza daripada kuasa Barat.

Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Encik Jake Sullivan, mengetuai delegasi Washington, kata seorang pegawai kanan Rumah Putih.

Dalam ucapannya pada 5 Ogos lalu, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata bahawa 42 negara telah diwakili di Jeddah dan delegasi Ukraine sedang mendorong formula perdamaian yang terdiri daripada 10 perkara dalam menggesa pengunduran tentera Russia sepenuhnya dari wilayah Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >