Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi ingin capai 150j pelawat jelang 2030

Putera Mahkota Arab Saudi perkenal satu lagi Projek Pelancongan Pergunungan
Sep 28, 2023 | 05:43 PM



RIYADH: Arab Saudi akan meningkatkan sasaran 100 juta pelawat sebelum 2030 kepada 150 juta, kerana pegawai kerajaan berkata jumlah sebelum ini terlalu rendah.


Langkah itu didedahkan semasa Forum Global Skift 2023 oleh Timbalan Menteri Destinasi Pelancongan, di Kementerian Pelancongan, Encik Mahmoud Abdulhadi.

“(Jumlah) 100 juta lawatan tidak lagi mencukupi. Kami jauh melebihi sasaran kami dan jauh melebihi prestasi 2022 kami. Jadi kita mesti melakukan sesuatu yang betul,” katanya.

Arab Saudi mempunyai 94.4 juta jumlah pelawat pada 2022 – merupakan peningkatan 45 peratus berbanding 2019, dan perbelanjaan telah meningkat 25 peratus.

Beliau menambah bahawa pelancongan santai merupakan bidang pertumbuhan paling rancak di negara ini.

Ia menyumbang kepada 38 peratus jumlah lawatan dengan 41 peratus perbelanjaan diperoleh daripada pelancongan santai.

“Sektor pelancongan telah membentuk tenaga kerja yang ramai sehingga 880,000 orang bekerja dalam sektor itu, peningkatan 15 peratus daripada 2019.

Terkini, Putera Mahkota Arab Saudi telah mengumumkan Puncak Soudah, sebuah projek baru di puncak tertinggi negara itu, 3,015 meter di atas paras laut, di mana pelbagai hotel, rumah percutian, kedai dan restoran akan dibina.

Ia merupakan projek pelancongan pergunungan gunung kedua oleh Putera Mohammed bin Salman, yang juga daya usaha projek Trojena, di mana Arab Saudi merancang untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk pada 2029.

Dibiayai oleh Dana Pelaburan Awam, Puncak Soudah akan siap dalam tempoh sedekad, menempatkan 2,700 kamar hotel dan 1,336 kediaman, bersama-sama dengan 80,000 meter persegi ruang komersial.

Puncak Soudah akan mempunyai rumah agam, chalet, vila, resort dan hotel butik, dengan fasa satu pembangunan dianggar siap pada 2027.

Putera Mohammed bin Salman bertindak sebagai pengerusi syarikat pembangunan projek itu, yang menurut Arab Saudi boleh menambah $7.7 bilion kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara dan menjana beribu-ribu pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >