Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza tabah sambut Aidilfitri

Apr 09, 2024 | 11:53 AM



GAZA: Apalah erti Lebaran bagi para penduduk Palestin jika masa depan mereka kelihatan kelam – rumah hanya tinggal puing-puing yang telah menyembah bumi.


Malah, tiada makanan mewah yang hendak dihidangkan apabila Aidilfitri menjenguk mereka di tengah-tengah masalah kelaparan dan kekurangan makanan yang mencecah tahap kritikal di zon perang ini.

Ramai masih berteduh di khemah-khemah sementara dan hanya mengharapkan bantuan kemanusiaan antarabangsa sekurang-kurangnya untuk memberi cahaya kepada Aidilfitri yang menjelang tiba.

Aidilfitri dijangka disambut di Gaza pada 10 April, bergantung kepada penglihatan anak bulan, tetapi disambut seadanya oleh rakyat Palestin tahun ini.

Para penduduk termasuk di Deir al-Balah dilihat beratur panjang bagi mendapatkan bantuan makanan sempena Aidilfitri di pusat pengedaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya tidak menerima sekotak makanan pun dalam dua bulan. Semalam, kami mendapat sekotak makanan dalam tin tetapi tidak cukup untuk anak-anak saya dan 18 orang lagi yang ada bersama kami,” keluh Encik Fayez Abdelhadi.

Cik Umm Mohammed Hamad, seorang wanita asal bandar Beit Hanoun di utara Gaza, berkata beliau telah tinggal di pusat perlindungan PBB sejak hampir dua bulan. “Kami tidak menerima sebarang bantuan makanan dan hanya hari ini mereka mula mengedarkan kotak makanan,” katanya.

Beberapa hospital telah melaporkan kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan kelaparan sejak bulan lalu.

Di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, ketua bahagian media, Encik Wissam Al-Sekni, berkata penghantaran bantuan yang tiba pada 7 April tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit, khususnya antibiotik untuk merawat kecederaan yang biasa berlaku di zon perang.

“Kebanyakan kanak-kanak (di hospital) datang dengan kekurangan zat makanan, terutamanya bayi pramatang, kerana ibu mereka sendiri kekurangan zat makanan,” kata Encik Al-Sekni.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh kira-kira 1,200 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Serangan balas berterusan Israel hingga kini telah membunuh lebih 33,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >