Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi sedia jalin hubungan diplomatik dengan Israel?

Aug 21, 2023 | 06:00 AM



Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Riyadh dan Washington dikatakan telah mengadakan perbincangan mengenai syarat yang dikenakan oleh Arab Saudi untuk penormalan hubungan masa depannya dengan Israel.

Ini termasuk jaminan keselamatan terhadap Arab Saudi dan bantuan Amerika Syarikat terhadap program nuklear awam dengan kapasiti pengayaan uranium.

Penganalisis Arab Saudi di Universiti Naif Arab untuk Sains Keselamatan di Riyadh, Dr Hesham Alghannam, memberitahu AFP bahawa Arab Saudi perlu tahu sama ada Israel “secara aktif berusaha ke arah mencapai kemajuan yang ketara dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel”.


Ini katanya sesuai dengan pendirian Riyadh yang telah berulang kali berkata ia akan berpegang kepada kedudukan Liga Arab yang sudah berdekad lamanya iaitu tidak menjalin hubungan rasmi dengan Israel sehingga konflik dengan Palestin diselesaikan.

Namun apabila Arab Saudi menamakan seorang duta bukan pemastautin bagi Wilayah Palestin yang juga akan berkhidmat sebagai konsul jeneral di Baitulmakdis, ia dilihat mempercepat proses hubungan diplomatik Arab Saudi dengan Israel.

Ia turut menggariskan hasrat Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman “untuk mengukuhkan hubungan dengan saudara-saudara Negara Palestin dan memberikannya rangsangan rasmi di semua kawasan”.

Jurucakap Kementerian Luar Israel tidak memberikan sebarang komen segera, merujuk kepada komen oleh Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen, terhadap kenyataannya bahawa “perdamaian antara Israel dengan Arab Saudi adalah menunggu masa”.

Langkah itu “memberi gambaran tentang bagaimana hubungan diplomatik antara Arab Saudi dengan Israel: duta Arab Saudi ke Palestin dengan fail untuk Israel,” kata Encik Aziz yang merupakan pakar hubungan Saudi-Israel.

“Isyarat segera adalah untuk melayan tuntutan Saudi untuk konsesi Israel dengan serius,” tambah Encik Aziz

Pelantikan seorang duta bukan pemastautin juga menghantar “mesej sokongan awam kepada PA (Pihak Berkuasa Palestin),” kata Felo Kanan di Institut Washington untuk Dasar Timur Tengah, Encik Ghatih al-Omari.

“Memandangkan keadaan kewangan PA yang teruk, bantuan Saudi boleh membuat perubahan besar” selain menawarkan “sokongan diplomatik yang sangat diperlukan kepada PA”, kata Encik Ghaith.

Berubah pendirian?

Arab Saudi tidak mengiktiraf Israel dan tidak menyertai Perjanjian Abraham 2020 yang diuruskan oleh Amerika yang menyaksikan Israel menjalin hubungan dengan dua negara jiran kerajaan itu, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.

Namun semasa lawatan Presiden Amerika, Encik Joe Biden, ke Timur Tengah tahun lepas, pihak berkuasa penerbangan awam Saudi mengumumkan bahawa ia menarik balik sekatan penerbangan atas “semua syarikat penerbangan”, membuka jalan bagi pesawat Israel menggunakan ruang udara Saudi.

Encik Biden sendiri terbang terus ke Jeddah dari Lapangan Terbang Ben Gurion Israel untuk rundingan dengan pemimpin Saudi.

Kerajaan Saudi turut menafikan pada masa itu bahawa pergerakan ruang udara adalah “pendahulu kepada sebarang langkah selanjutnya” ke arah penormalan.

Keputusan itu dibuat bagi melengkapkan usaha kerajaan menyatukan kedudukan sebagai hab sejagat yang menghubungkan tiga benua.

Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik Jake Sullivan, berkata keputusan itu adalah hasil diplomasi berterusan dan berprinsip oleh Washington dan Riyadh selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Israel kerap mendesak supaya diberikan hak penerbangan bagi menyingkatkan perjalanan ke destinasi di Asia.

Pihak berkuasa Israel juga mahu jemaah haji Islam dari negara itu dapat melakukan perjalanan terus ke Arab Saudi, kerana buat masa sekarang mereka dikehendaki transit di negara ketiga.


Jalinan bersyarat

Kementerian Luar Arab Saudi turut memaklumkan negara itu bersedia untuk ‘menjalin hubungan diplomatik secara penuh’ dengan Israel sekiranya rejim Zionis itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Menterinya, Putera Faisal bin Farhan al-Saud, berkata Israel perlu melengkapkan proses rundingan damai yang menjamin hak dan kebajikan penduduk Palestin terlebih dulu sebelum sebarang persetujuan dicapai.

Putera Faisal berkata demikian selepas beberapa bulan lalu, Israel sudah menandatangani perjanjian menjalin hubungan diplomatik dengan dua sekutu rapat Arab Saudi iaitu Bahrain dan UAE serta Sudan memulihkan semula hubungan diplomatik dengan Israel sekali gus menjadi negara Arab ketiga dan keempat berbuat demikian selepas Mesir dan Jordan.

Namun, langkah itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk Palestin yang kini bimbang nasib mereka akan terabai selepas sekian lama mendapat perhatian dunia Arab.

Pemulihan semula hubungan itu dibuat di bawah Perjanjian Abraham tajaan Amerika telah mencetuskan kemarahan rakyat Palestin kerana menyifatkannya sebagai perbuatan ‘tikam belakang’.

Washington turut membayangkan lebih banyak negara Arab akan mengambil langkah untuk meneruskan hubungan dengan Israel.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan spekulasi sama ada Riyadh akan mengubah pendirian untuk tidak mewujudkan hubungan dua hala secara rasmi sehingga konflik Palestin diselesaikan.

Dalam masa yang sama, Riyadh tidak menunjukkan sebarang penentangan apabila sekutu serantaunya, UAE, menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada 2020, diikuti Bahrain dan Maghribi di bawah Perjanjian Abraham yang diuruskan oleh Amerika.

Encik Biden juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Palestin di Tebing Barat terlebih dahulu, sebelum melakukan lawatan kontroversi ke Arab Saudi.

Penganalisis berpandangan pertemuan empat mata dengan Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, menjadi pertemuan peringkat tertinggi antara Amerika dengan Palestin sejak negara itu membekukan hubungan selepas pertikaian mengenai penutupan pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin di Washington.

Rakyat Palestin menaruh harapan besar supaya Amerika mengadakan semula rundingan damai dengan Israel serta membuka semula Konsulat Amerika Syarikat di Baitulmakdis yang berfungsi sebagai kedutaan de facto kepada Palestin sebelum ditutup oleh mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Penormalan hubungan itu mula dilihat secara lebih serius pada 2020 apabila Putera Mahkota Mohammed bin Salman menyatakan bahawa Israel boleh menjadi ‘sekutu berpotensi’ Arab Saudi.

“Bagi kami, kami berharap konflik antara Israel dengan Palestin dapat diselesaikan. Kami tidak melihat Israel sebagai musuh, kami melihat mereka sebagai sekutu yang berpotensi dengan banyak kepentingan dapat diusahakan bersama,” kata putera mahkota berkenaan kepada majalah bulanan Amerika, The Atlantic.


Namun, beliau berkata perlunya menyelesaikan beberapa isu sebelum mencapai matlamat tersebut, tambahnya.

Arab Saudi berulang kali berkata, Riyadh akan mengekalkan dasar yang diguna pakai selama ini untuk tidak mewujudkan hubungan rasmi dengan Israel sehinggalah konflik antara Rejim Zionis dengan Palestin berakhir. 

Putera Mohammed bagaimanapun dilihat bersikap lebih terbuka kepada Israel berbanding bapanya, Raja Salman. Beliau yang membenarkan pesawat komersial Israel melintasi ruang udara Arab Saudi.

Laporan pada November 2020 yang menyatakan bahawa Perdana Menteri Israel ketika itu, Encik Benjamin Netanyahu, membuat lawatan rahsia ke Arab Saudi turut mencetuskan pelbagai spekulasi.

Arab Saudi bagaimanapun menafikan berlaku pertemuan antara Netanyahu dengan Putera Mohammed.

Namun penganalisis mengkaji dengan teliti kata-kata Putera Mahkota Mohammed yang memberitahu editor majalah The Atlantic, Encik Jeffrey Goldberg, sebelum ini bahawa beliau tiada “halangan berasaskan agama” untuk penduduk Israel menetap bersama-sama rakyat Palestin selagi Masjid Al-Aqsa dilindungi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >