Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Firma Israel, Arab Saudi usaha sama bangun sumber jana tenaga

Aug 13, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Syarikat S&P 500, SolarEdge, yang berpangkalan di Herzliya, Israel, sedang menjalin usaha sama dengan Ajlan & Bros Holding yang berpangkalan di Riyadh, untuk membangunkan tenaga boleh diperbaharui, kata kedua-dua syarikat itu pada Isnin.


Ia adalah perkongsian perniagaan yang jarang dilihat antara Israel dan Arab Saudi – dua negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi.

Kenyataan daripada kedua-dua syarikat itu berkata usaha sama itu sedang dibentuk untuk menyokong tenaga boleh diperbaharui di Arab Saudi, selaras dengan inisiatif ‘Wawasan 2030’ kerajaan Arab Saudi itu, yang bertujuan melepaskan ekonomi negara itu daripada bergantung kepada minyak, dengan mempelbagaikan aliran pendapatan.

Usaha sama itu akan menawarkan penyelesaian perniagaan Arab Saudi daripada portfolio sistem SolarEdge untuk penjanaan tenaga, penyimpanan dan pengurusan serta pemodelan tapak dan perundingan peralihan tenaga, kata kenyataan itu.

Encik Zvi Lando, Ketua Pegawai Eksekutif SolarEdge, berkata: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ajlan & Bros Holding dan menyokong perjalanan Arab Saudi ke arah ‘Wawasan 2030’.

“SolarEdge komited untuk memacu peralihan tenaga bersih pada skala global, melalui usaha sama ini, yang akan menyediakan perusahaan tempatan di Arab Saudi dengan sokongan yang mereka perlukan untuk beralih dengan pantas, daripada bahan api fosil kepada tenaga solar yang bersih, dan memenuhi matlamat mereka mewujudkan tenaga yang boleh diperbaharui, secara agresif.”

Israel dan Arab Saudi tidak mempunyai hubungan secara formal dan kedua-dua negara tidak pernah menjalinkan hubungan diplomatik.

Pada 1947, Riyadh mengundi untuk menentang Rancangan Pembahagian Palestin yang diusulkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertujuan memecahkan wilayah Palestin di bawah kuasa Britain, kepada negara Arab dan negara Yahudi.

Bagaimanapun, sejak beberapa negara Arab seperti Bahrain dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) memulihkan hubungan dengan Israel selepas menandatangani Perjanjian Abraham pada September 2020, laluan ke arah pemulihan hubungan dengan Arab Saudi semakin kukuh dan beberapa perbincangan telah diadakan.

Sejak perjanjian itu ditandatangani, Arab Saudi telah membenarkan syarikat penerbangan Israel menggunakan ruang udaranya untuk penerbangan ke dan dari UAE dan Bahrain.

Namun, tidak jelas pula sama ada SolarEdge dan Ajlan & Bros Holding akan menghadapi halangan dalam menjalankan perniagaan di kedua-dua negara.

SolarEdge tidak memberi sebarang maklumat lanjut mengenai projek itu apabila agensi berita Timur Tengah, Al-Monitor, cuba mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.


Lebih banyak peluang perniagaan dibuka antara kedua-dua negara, walaupun kurangnya pemulihan hubungan politik.

Al-Monitor melaporkan pada 18 Jun bahawa pemerintah Israel bekerjasama dengan Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain untuk mewujudkan jambatan darat yang akan memudahkan pemindahan barangan di rantau itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >