Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi umum permohonan visa umrah mula dibuka

Jul 15, 2022 | 05:30 AM



JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan musim baru umrah akan bermula pada 1 Muharram 1444H bersamaan dengan 30 Julai 2022.



Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan permohonan untuk mengeluarkan visa bagi jemaah haji yang datang dari semua negara untuk menunaikan ibadah umrah dan melawat Masjid Nabawi mula diterima mulai semalam.



Manakala permohonan umrah untuk jemaah dari dalam dan luar negara akan bermula pada 30 Julai ini, kata kementerian dalam satu kenyataan.



Syarat-syarat pengeluaran visa umrah boleh didapati dengan melayari pautan: https://haj. gov.sa/ar/InternalPages/Umrah.



Saudi Gazette melaporkan permit juga boleh dikeluarkan kepada jemaah haji domestik melalui aplikasi Eatmarna.



"Ini adalah selaras dengan sistem bersepadu perkhidmatan kesihatan dan langkah-langkah yang diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah haji serta pelawat, dalam prosedur mudah yang memastikan pelaksanaan ibadah umrah dengan mudah dan selesa," kata kenyataan tersebut.



Syarat-syarat dan peraturan kelayakan ejen asing memberi perkhidmatan jemaah umrah dan pengunjung Masjid Nabawi termasuk mengemukakan permohonan kelayakan melalui portal Kementerian Haji dan Umrah.



Mereka juga harus mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam portal dengan melampirkan dokumen dan data berkaitan dengan pendaftaran komersial, keahlian Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) serta beberapa data peribadi.



Kementerian Haji dan Umrah turut berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menetapkan langkah-langkah pencegahan kesihatan untuk melindungi diri terhadap koronavirus.



Ini termasuk menerima suntikan vaksin yang diluluskan Kerajaan; menyertakan sijil vaksinasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara asal jemaah selain pengisytiharan kebenaran maklumat yang diserahkan.



Dalam masa yang sama, Pejabat Penjaga Ehwal Dua Masjid Suci dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan satu rancangan bersama untuk ibadah Haji dan Umrah bagi tahun 1444 Hijrah.



Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu menyatakan rancangan bersama antara pihaknya dengan Kementerian Haji dan Umrah yang sudah disiapkan, bergantung kepada strategi kerjasama bersama antara kedua-dua pihak.



Selain itu, mereka akan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman dalam pelan penguatkuasaan buat musim akan datang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >