RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mendedahkan tapak suci Arafah dan Muzdalifah mencatatkan suhu tertinggi 45 darjah Celsius di Arab Saudi pada Khamis.
NCM mendedahkan perkara ini semasa meninjau jangkaan suhu di wilayah Arab Saudi termasuk Makkah, Madinah dan tempat-tempat suci pada Khamis.
Dijangkakan Makkah, Madinah dan tapak suci Mina menyaksikan suhu maksimum 44 darjah Celsius, kata NCM yang dipetik Saudi Gazette sebagai menyatakan demikian.
Bandar selatan Abha mencatatkan suhu terendah di Saudi iaitu 17 darjah Celsius.
NCM telah meramalkan keadaan cuaca di kota suci Makkah dan Madinah semasa musim haji akan datang.
Makkah dikatakan akan agak panas dan kering pada waktu siang dan sederhana pada waktu malam. Suhu maksimum di Makkah ialah antara 43.6 dengan 45 darjah Celsius dan minimum 29.6 darjah Celsius.
Bagi Madinah pula, NCM menjangkakan suhu maksimum di sana pada musim haji ialah 43 darjah Celsius dan minimum 29.3 darjah Celsius. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg