Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arahan pemindahan Israel paksa keluarga Palestin larikan diri lagi

Perintah pemindahan setakat ini sebabkan 250,000 orang kehilangan tempat tinggal
Aug 26, 2024 | 8:22 PM
Beberapa penduduk Palestin bersedih semasa pengebumian rakyat sebilangan penduduk Palestin yang terbunuh di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada 26 Ogos.
Beberapa penduduk Palestin bersedih semasa pengebumian rakyat sebilangan penduduk Palestin yang terbunuh di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada 26 Ogos. - Foto REUTERS

KAHIRAH/GAZA: Israel mengeluarkan arahan pemindahan baru bagi kawasan Deir al-Balah di tengah Jaluran Gaza pada lewat 25 Ogos, memaksa lebih banyak keluarga Palestin melarikan diri.

Arahan itu, dakwa Israel, bagi tujuan untuk bertindak terhadap kumpulan militan Hamas dan kumpulan lain yang beroperasi di kawasan itu.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Israel telah mengeluarkan bilangan perintah pemindahan tertinggi sejak permulaan perang pada Oktober 2023.

Ini mencetuskan bantahan daripada rakyat Palestin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai bantuan berkaitan kekurangan zon kemanusiaan dan ketiadaan kawasan selamat.

Perintah pemindahan Israel setakat ini telah menyebabkan 250,000 orang kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa pusat bandar Deir al-Balah.

Serangan tentera Israel pada 26 Ogos telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin, kata pasukan perubatan.

Dua terbunuh di kawasan Deir al-Balah, dengan sekitar sejuta penduduk Palestin berlindung di situ.

Dua lagi dibunuh di sebuah sekolah di Kem Al-Nuseirat dan tiga di bandar selatan Rafah, berhampiran sempadan dengan Mesir.

Perintah baru ini memaksa banyak keluarga dan pesakit meninggalkan Hospital Al-Aqsa, kemudahan perubatan utama di Deir al-Balah.

Di situ, beratus ribu penduduk dan penduduk telah mencari perlindungan, kerana bimbang akan ancaman bom.

Hospital itu berhampiran dengan kawasan yang terjejas dengan notis pemindahan.

Menurut pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dalam satu kenyataan yang dimuat naikkan di wadah X pada 25 Ogos, satu letupan kira-kira 250 meter dari Hospital Al-Aqsa yang dibantunya, mencetuskan rasa panik.

“Disebabkan itu, MSF sedang menimbangkan sama ada untuk menghentikan penjagaan perubatan buat sementara waktu, serta cuba mengekalkan rawatan menyelamatkan nyawa.”

Daripada sekitar 650 pesakit, hanya 100 masih berada di hospital, dengan tujuh sedang berada di unit rawatan rapi, menurut kenyataan itu, yang turut memetik Kementerian Kesihatan Gaza.

“Situasi ini tidak boleh diterima. Hospital Al-Aqsa telah beroperasi di luar kemampuannya selama beberapa minggu kerana kekurangan alternatif untuk pesakit.

“Semua pihak yang bertelagah perlu menghormati hospital, serta akses pesakit kepada penjagaan perubatan,” tambahnya, lapor Reuters.

Sementara itu, Hamas dan Israel belum bersetuju dengan beberapa perkara yang dibentangkan oleh pengantara di Kahirah pada 25 Ogos.

Namun, seorang pegawai kanan Amerika Syarikat menyifatkan rundingan itu sebagai ‘membina’.

Pegawai Hamas, Encik Osama Hamdan, berkata kumpulan itu menolak syarat baru yang dibuat Israel semasa rundingan itu – yang tidak dihadiri kumpulan tersebut – dan menambah bahawa komen pihak Amerika mengenai perjanjian gencatan senjata yang akan berlaku adalah palsu dan bertujuan untuk tujuan pilihan raya negara itu.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, dan pentadbirannya telah menghadapi bantahan semakin meningkat atas bantuannya kepada Israel menjelang pilihan raya pada November.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 40,000 rakyat Palestin terbunuh dalam peperangan yang berlaku sejak 7 Oktober, ekoran serangan Hamas ke atas Israel yang membunuh 1,200 penduduk Israel, dengan lagi lebih 250 orang dijadikan tebusan.

Israel kemudian bertindak balas dengan menyerang Gaza.

“Situasi ini tidak boleh diterima. Hospital Al-Aqsa telah beroperasi di luar kemampuannya selama beberapa minggu kerana kekurangan alternatif untuk pesakit. Semua pihak yang bertelagah perlu menghormati hospital, serta akses pesakit kepada penjagaan perubatan.”
Pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) dalam satu kenyataan yang dimuat naikkan di wadah X.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg