Topic followed successfully
Go to BHkuAS belanja AS$25 bilion dalam perang Iran, Kongres persoal matlamat operasi
AS belanja AS$25 bilion dalam perang Iran, Kongres persoal matlamat operasi
Apr 30, 2026 | 9:15 AM
AS belanja AS$25 bilion dalam perang Iran, Kongres persoal matlamat operasi
Penunjuk perasaan mengadakan bantahan ketika Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine, tiba sebelum pendengaran Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan Perwakilan di Bangunan Pejabat Rayburn House, Washington, DC.
Jeneral Caine dan Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth memberi keterangan mengenai Permohonan Belanjawan Tahun Fiskal 2027 Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. - Foto AFP
WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, mengecam anggota Kongres daripada kedua-dua parti yang mempersoalkan perang di Iran, dalam satu pendengaran tegang di Capitol Hill yang didominasi kebimbangan mengenai hala tuju konflik itu.
Pendengaran selama hampir lima jam itu pada asalnya dijadualkan bagi meneliti permohonan belanjawan Jabatan Pertahanan berjumlah hampir AS$1.45 trilion (S$1.86 trilion) bagi tahun 2027. Namun, sesi berkenaan berubah menjadi medan perdebatan sengit mengenai perang Iran, yang menurut Pentagon setakat ini menelan kos AS$25 bilion dan mengorbankan 14 anggota tentera Amerika.
Laporan berkaitan
Kos perang Israel dengan Iran dan Hezbollah cecah AS$15bApr 6, 2026 | 2:58 PM
Iran kuasa baharu? Perang Timur Tengah gugat dominasi AS Apr 13, 2026 | 5:30 AM

