WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Pete Hegseth, mengecam anggota Kongres daripada kedua-dua parti yang mempersoalkan perang di Iran, dalam satu pendengaran tegang di Capitol Hill yang didominasi kebimbangan mengenai hala tuju konflik itu.

Pendengaran selama hampir lima jam itu pada asalnya dijadualkan bagi meneliti permohonan belanjawan Jabatan Pertahanan berjumlah hampir AS$1.45 trilion ($1.86 trilion) bagi tahun 2027.