Topic followed successfully
Go to BHkuAS jangka rundingan baru dengan Iran hujung minggu ini
AS jangka rundingan baru dengan Iran hujung minggu ini
Trump: Iran tawar jaminan untuk tidak miliki senjata nuklear bagi tempoh lebih 20 tahun
Apr 17, 2026 | 12:42 PM
AS jangka rundingan baru dengan Iran hujung minggu ini
Mural di Teheran ini memaparkan pemimpin Revolusi Islam yang telah meninggal dunia, Ayatollah Ruhollah Khomeini (kanan), dan mantan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei (kiri). - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata rundingan pusingan kedua dengan Iran dijangka berlangsung hujung minggu ini, susulan kegagalan pertemuan pertama di Islamabad pada 12 April lalu mencapai persetujuan untuk menamatkan perang secara kekal.
Bercakap kepada wartawan di luar Rumah Putih pada 16 April, Encik Trump menyatakan harapan agar gencatan senjata sementara selama dua minggu yang dijadual tamat pada 21 April tidak perlu dilanjutkan, dan kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan muktamad.
Laporan berkaitan
Sumber: AS, Iran pertimbang lanjut gencatan senjata dua minggu lagiApr 16, 2026 | 7:14 PM
AS, Iran pertimbang rundingan kedua sedang sekatan Selat Hormuz bermulaApr 14, 2026 | 12:34 PM

