SPH Logo mobile
Langgan|

AS kemuka pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang

AS kemuka pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang

Pelan damai dihantar melalui Pakistan sebagai pengantara utama antara Washington dan Teheran
Mar 25, 2026 | 1:04 PM

AS kemuka pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang

Orang ramai meninjau kesan kemusnahan susulan bedilan peluru berpandu Iran di kawasan tengah Israel pada 24 Mac 2026, ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran terus memuncak, di tengah usaha Washington mengemukakan pelan 15 perkara bagi menamatkan perang di Timur Tengah.
Orang ramai meninjau kesan kemusnahan susulan bedilan peluru berpandu Iran di kawasan tengah Israel pada 24 Mac 2026, ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran terus memuncak, di tengah usaha Washington mengemukakan pelan 15 perkara bagi menamatkan perang di Timur Tengah. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata Washington semakin mencapai kemajuan dalam usaha menamatkan perang dengan Iran, termasuk memperoleh satu konsesi penting daripada Teheran, di tengah laporan bahawa Amerika Syarikat telah mengemukakan pelan penyelesaian 15 perkara.

Akhbar The New York Times yang memetik dua sumber dalaman melaporkan cadangan itu dihantar kepada Iran melalui Pakistan yang menawarkan diri sebagai pengantara.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg