Isyarat bercanggah AS, Iran dan Israel kaburkan prospek damai
Isyarat bercanggah AS, Iran dan Israel kaburkan prospek damai
Iran, Israel nafi kenyataan Trump yang rundingan damai sedang berlangsung
Mar 24, 2026 | 2:51 PM
Isyarat bercanggah AS, Iran dan Israel kaburkan prospek damai
Petugas kecemasan menjalankan operasi di lokasi kejadian susulan serangan peluru berpandu Iran di kawasan tengah Israel, ketika konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran, di Tel Aviv pada 24 Mac. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Kenyataan bercanggah daripada Amerika Syarikat, Iran dan Israel menimbulkan kekeliruan sama ada rundingan damai benar-benar sedang berlangsung, ketika perang di Timur Tengah terus berlarutan tanpa tanda berakhir dalam masa terdekat.
Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mendakwa Washington dan Teheran sedang mengadakan “perbincangan yang sangat kukuh” untuk menamatkan konflik yang bermula pada 28 Februari lalu, malah menyatakan kedua-dua pihak telah mencapai “hampir semua perkara” persetujuan.
Laporan berkaitan
Trump tarik balik rancangan serang rangkaian kuasa IranMar 23, 2026 | 8:59 PM
Iraq rancang mesyuarat maya Liga Arab kedua, bincang ketegangan keselamatan serantauMar 23, 2026 | 8:41 PM

