AS lulus pil GLP-1 keluaran Novo Nordisk untuk turun berat badan
AS lulus pil GLP-1 keluaran Novo Nordisk untuk turun berat badan
WASHINGTON: Syarikat gergasi farmaseutikal Denmark, Novo Nordisk, mengumumkan pada 22 Disember bahawa Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan pil antikegemukan GLP-1 keluarannya yang popular, Wegovy, untuk penurunan berat badan.
“Dengan kelulusan pil Wegovy, pesakit kini boleh mendapatkan pil dengan mudah, sekali sehari yang boleh membantu mereka menurunkan berat badan,” kata Encik Mike Doustdar, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Novo Nordisk.
FDA telah pun meluluskan pil yang akan digunakan untuk merawat kencing manis, tetapi perkembangan baru itu membolehkan doktor memberikan rawatan menurunkan berat badan.
Ubat penahan selera makan generasi baru yang menggunakan pengaktif GLP-1 – termasuk jenama Ozempic, Wegovy dan Mounjaro – telah melonjak popularitinya kerana keupayaannya menurunkan berat badan.
Presiden Amerika, Encik Donald Trump, pada November mengumumkan perjanjian dengan Novo Nordisk dan Eli Lilly untuk menurunkan harga ubat penurun berat badan sebagai pertukaran untuk kepastian tarif.
Di bawah perjanjian itu, ubat-ubatan tersebut, yang boleh menelan belanja AS$1,000 ($1,287) sebulan, kini hanya serendah AS$150. – AFP.

