Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Asean akan bincang cara perkukuh kerjasama, kedudukan antarabangsa

Indonesia akan usul kenyataan wawasan Asean 2045, pelan hala tuju 20 tahun bagi kukuhkan blok di Sidang Puncak
May 04, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia selaku pengerusi Asean akan menggariskan satu pernyataan wawasan bagi 2045 untuk memperkukuh keupayaan kumpulan itu bekerjasama dan memperkuat kerelevanan antarabangsanya di Sidang Puncak Asean minggu depan.



"Indonesia telah menyediakan wawasan besar untuk Asean 2045, serta satu proses perbincangan mengenai draf Deklarasi Pemimpin Asean, untuk mengukuhkan keupayaan dan keberkesanan institusi Asean," kata pasukan Sidang Puncak Asean pada Isnin.



Pada 2015, pemimpin kumpulan itu bersetuju mengenai peta jalan bagi blok itu, Asean 2025: Maju Ke Hadapan Bersama-Sama, untuk meningkatkan profil rantau ini dan memastikan kemakmuran setiap negara anggota.



Sebuah pasukan petugas peringkat tinggi daripada kumpulan itu sedang melakar lanjutan pelan tersebut, yang akan menerangkan bagaimana Asean boleh meneruskan kerjanya selepas 2025 dan mencapai matlamatnya untuk 20 tahun akan datang.



Jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Encik Teuku Faizasyah, berkata pemimpin Asean dijangka menerima pakai wawasan yang akan dikemukakan Indonesia pada Sidang Puncak Asean ke-42.



Sidang puncak itu akan diadakan di Labuan Bajo, sebuah bandar di hujung barat pulau Flores, dari 9 hingga 11 Mei.



Antara isu yang dijangka dibincangkan pada sidang puncak peringkat tinggi itu ialah krisis di Myanmar, lakaran peta jalan keanggotaan penuh Asean untuk Timor-Leste, dan rundingan mengenai Tatakelakuan di Laut China Selatan.



Indonesia juga berkata perdagangan manusia akan menjadi salah satu isu utama yang dibincangkan di mesyuarat itu, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat di negara Asean berikutan peningkatan kes di rantau ini.



"Keupayaan penguatkuasaan undang-undang negara anggota Asean perlu diperkukuh dalam menjalankan siasatan, mengumpul bukti, mengenal pasti mangsa dan pendakwaan.



"Ada juga keperluan mengukuhkan kerjasama bagi pencegahan, pemulihan dan penyepaduan semula mangsa," kata Jakarta.



Pemimpin Asean akan menghadiri lapan mesyuarat, dengan tujuh daripadanya akan dipengerusikan oleh Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi).



Sidang puncak itu akan disertai acara sampingan yang dikenali sebagai "perayaan rakyat". Ini termasuk karnival jalanan, bazar makanan, pertunjukan fesyen dan persembahan kebudayaan, dalam usaha menonjolkan Flores sebagai destinasi pelancongan.



"Acara sampingan adalah untuk melibatkan masyarakat tempatan secara aktif, salah satunya melalui sokongan ekosistem kreatif, atau perusahaan mikro, kecil dan sederhana di Labuan Bajo," kata pengarah Agensi Pelaksana untuk Pihak Berkuasa Labuan Bajo Flores, Cik Shana Fatina.



Dalam satu temu bual bersama The Straits Times pada Mac, Encik Jokowi berkata pemerintahnya ingin mempromosikan Labuan Bajo sebagai destinasi pelancongan utama.



Baju rasmi telah dibuat khas untuk ketua-ketua negara anggota Asean, dalam kain tenunan dengan motif mata manuk (mata ayam) Kabupaten Manggarai Barat, tempat terletaknya Flores.



Encik Jokowi memilih warna bagi setiap baju yang akan dipakai oleh para pemimpin itu.



Pasangan ketua negara juga akan diberi selendang dalam rekaan dan warna pilihan Wanita Pertama, Cik Iriana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >