Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Menlu Asean, rakan penting bakal temu di Jakarta minggu ini

Jul 10, 2023 | 09:14 PM



JAKARTA: Menteri Ehwal Luar negara-negara Asean dan rakan sejawatan dari China, Russia dan Amerika Syarikat serta beberapa rakan utama lain akan bertemu di ibu kota Indonesia bagi beberapa mesyuarat tahunan mulai Selasa.


Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) dan mesyuarat berkaitan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ini termasuk Sidang Pasca Menteri (PMC), Mesyuarat Menteri Luar Asean + 3 (APT) ke-24, dan Forum Serantau Asean (ARF) ke-30 antara 11 dengan 14 Julai.

“AMM ke-56 itu akan menyemak kembali usaha Pembinaan Komuniti Asean dan menegaskan semula kepusatan dan perpaduan Asean di sebalik sekitaran serantau yang kian berkembang,” kata Kementerian itu.

Kepusatan Asean adalah sebuah konsep yang merujuk kepada perkumpulan rantau itu dalam kedudukan utama dan membentuk keputusan penting yang menjejas rantau Asia Tenggara, dan tidak membiarkan pihak luar menentukan arah tuju rantau tersebut.

“Para menteri juga akan membincangkan tentang pemulihan pascapandemik Asean dan penyepaduan ekonomi, serta kemajuan dalam membina landasan bagi perkembangan dan pembangunan jangka masa panjang dan di bawah tema pengerusi Indonesia, ‘Asean Matters: Epicentrum of Growth’ (Asean Penting: Pusat bagi Perkembangan),” kata MFA.

Menteri Ehwal Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, juga menekankan peri-pentingnya untuk mengukuhkan perpaduan dan keteguhan Asean, agar ia dapat terus memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini di sebalik “situasi sedunia semasa yang dipenuhi persaingan tinggi”.

“Perang di Ukraine masih sedang berterusan hingga hari ini. Keadaan ini telah menyebabkan kesan besar terhadap usaha pemulihan ekonomi pasca-Covid-19. Keadaan ini telah menjejas suasana perbincangan dalam semua forum, berbilang hala dan antarabangsa,” katanya dalam satu sidang media di Jakarta pada Jumaat.

Kementerian Luar Negeri Indonesia berkata 29 negara, termasuk Sekreteriat Asean dan Kesatuan Eropah akan menghadiri mesyuarat minggu ini.

Sehingga kini, seramai 1,165 anggota delegasi dan 493 wartawan telah mendaftar kehadiran mereka.

Satu kenyataan bersama yang disetujui semua ahli Asean sering dikeluarkan selepas AMM, mesyuarat ke-56 itu sejak ia ditubuhkan di Bangkok pada 1967.

Buat julung-julung kalinya, ia melibatkan Timor-Leste, yang pada 2022 diberi status pemerhati.

Selain kerjasama ekonomi dan tindak balas kolektif Asean terhadap cabaran serantau dan global, satu tumpuan utama dalam mesyuarat itu adalah keadaan di Myanmar.

Pasukan tentera negara tersebut merampas kuasa dari pemerintah dilantik secara demokratik pada Februari 2021 dan ia berada dalam keadaan kucar-kacir sejak itu.

Asean melakarkan rancangan lima titik bagi keamanan dengan pihak ketenteraan itu dua bulan kemudian, namun tiada perkembangan ketara telah dicapai bagi meredakan keganasan yang telah membunuh ribuan orang.

Rancangan itu menggesa agar dialog melibatkan semua pihak diadakan bagi menghentikan keganasan di Myanmar secara serta merta, dan pelantikan sebuah kumpulan khas Asean bagi menawarkan usaha rundingan, bantuan kemanusiaan dan lawatan satu delegasi Asean ke Myanmar untuk bertemu dengan parti-parti berkepentingan.

Indonesia, sebagai pengerusi Asean pada 2023, telah berjanji untuk melakukan terbaik bagi membaiki keadaan di negara itu.

Cik Retno berkata krisis politik di Myanmar disebabkan rampasan kuasa itu telah berlangsung sepanjang lebih dua tahun dan memberi amaran bahawa “selagi pedekatan diambil oleh pihak-pihak tertentu adalah pendekatan keputusan sifar, ia bermakna keamanan yang berkekalan tidak akan dicapai.”
 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >