Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean tiada rancangan terdekat runding dengan Myanmar

Ini ekoran kurang kemajuan yang ditunjuk Myanmar bagi tamat keganasan dan ketidakstabilan susulan kudeta
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Kurangnya kemajuan yang ditunjukkan Myanmar dalam melaksanakan rancangan yang dipersetujui dengan negara Asean lain bermakna penglibatan lanjut bersama penguasa tentera negara tersebut terhad nilainya, kata menteri ehwal luar kumpulan tersebut semalam.



Semasa mesyuarat mereka di Phnom Penh, para menteri mengulangi peri pentingnya untuk terus melaksanakan Konsensus Lima Perkara yang dilakarkan April tahun lalu untuk menamatkan keganasan dan ketidakstabilan di Myanmar menyusuli rampasan kuasa tentera pada Februari tahun lalu.



Dalam satu kenyataan menyusuli kenyataan Asean itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata:



"Tanpa sebarang kemajuan pada sudut ini, penglibatan lanjut bersama penguasa tentera Myanmar akan terhad nilainya. Asean sedang meneroka cara untuk mendekati semua pihak berkepentingan di Myanmar."



Pada April tahun lalu, pemimpin rampasan kuasa, Jeneral Min Aung Hlaing, bersetuju kepada lima perkara: pengakhiran segera keganasan di negara itu; dialog antara semua pihak; satu utusan khas Asean untuk mengendalikan pengantaraan, bantuan kemanusiaan oleh Asean; dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak.



Asean telah mengambil pendirian konsisten terhadap Myanmar menyusuli rampasan kuasa tersebut.



Menteri ehwal luar yang dilantik Majlis Pentadbiran Negara Myanmar tidak diundang ke Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) tahun ini.



Ini sejajar dengan pandangan Asean bahawa Myanmar boleh diwakili hanya oleh wakil bukan politik sehingga terdapat kemajuan dalam melaksanakan konsensus tersebut.



Blok itu sebelum ini telah mengutuk pelaksanaan hukuman mati ke atas empat aktivis oleh tentera Myanmar, yang mengumumkan pada 25 Julai lalu bahawa ia telah membunuh empat lelaki yang dituduh membantu tindakan pengganasan.



MFA berkata pelaksanaan hukuman mati aktivis itu sebelum AMM merupakan rintangan serius dalam usaha Asean untuk mengendalikan peleraian yang aman, dan untuk perdamaian nasional di Myanmar. Ia juga tidak menghormati usaha pengerusi Asean Kemboja dan Utusan Khas Asean bagi Myanmar, Encik Prak Sokhonn.



Kelmarin, Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, berkata kumpulan itu akan terpaksa memikirkan kembali rancangan perdamaian yang dilakukan bersama Myanmar sekiranya pemerintah tentera negara itu melaksanakan lebih banyak hukuman mati bagi tahanannya.



Beliau juga menyatakan bahawa blok itu telah menghabiskan banyak masa dan tenaga ke atas Myanmar, dan mengharungi kesukaran dan kritikan demi membantu negara itu dan rakyatnya mencari huraian politik.



Dalam satu pos Facebook kelmarin, Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, berkata pelaksanaan hukuman mati itu menunjukkan dengan jelas bahawa penguasa tentera Myanmar tidak menghormati Asean, tetapi menekankan bahawa usaha kumpulan tersebut perlu tetap diteruskan.




"Tanpa sebarang kemajuan pada sudut ini, penglibatan lanjut bersama penguasa tentera Myanmar akan terhad nilainya. Asean sedang meneroka cara untuk mendekati semua pihak berkepentingan di Myanmar."
- Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >