Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar upahan mula serah posisi di Bakhmut kepada tentera Russia

May 26, 2023 | 03:43 PM



KYIV: Tentera upahan Russia, Wagner, mula menyerahkan kedudukannya di Bakhmut kepada pasukan tentera Russia pada Khamis, lima hari selepas mengisytiharkan kawalan penuh ke atas bandar timur Ukraine yang musnah berikutan pertempuran paling lama dan paling berdarah dalam perang itu.


Moscow berkata penaklukan Bakhmut membuka jalan untuk ke wilayah industri timur yang dikenali sebagai Donbas. Kyiv mengatakan pertempuran tersebut menarik pasukan Russia ke dalam bandar tersebut yang menyebabkan korban yang tinggi dan melemahkan garis pertahanan Moscow di tempat lain.

Pengasas Wagner, Encik Yevgeny Prighozin, yang berulang kali menuduh tentera Russia meninggalkan kawasan yang sebelum ini ditawan oleh pasukannya, berkata Wagner akan bersedia untuk kembali ke bandar tersebut jika diperlukan.

“Dari hari ini pada pukul lima pagi, 25 Mei hingga 1 Jun, kebanyakan unit (Wagner) akan ditempatkan semula ke kem belakang,” kata Encik Prighozin dalam sebuah video yang memakai peralatan tempur dan berdiri di sebelah blok kediaman yang rosak akibat perang. Beliau turut mengatakan 20,000 daripada tenteranya telah terkorban dalam menawan Bakhmut.

Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Cik Hanna Maliar, dalam mesej di aplikasi Telegram mengatakan bahawa Wagner telah menyerahkan posisi di pinggir bandar tetapi “di dalam bandar itu sendiri para tentera Wagner masih ada”.

Russia meneruskan rancangan pada Khamis untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di kawasan jiran dan sekutunya yang rapat, Belarus, dengan menandatangani perjanjian mengenai penyimpanan kepala peledak. Ini akan menjadi penempatan pertama Kremlin bagi bom sedemikian di luar Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

“Pergerakan senjata nuklear sudah pun bermula,” kata Presiden Belarus, Encik Alexander Lukashenko, kepada wartawan di Moscow, di mana beliau menghadiri perbincangan dengan pemimpin negara bekas Soviet yang lain.

Jabatan Negara Amerika Syarikat mengecam rancangan penempatan itu, tetapi berkata Washington tidak bercadang untuk mengubah kedudukannya mengenai senjata nuklear strategik dan tidak melihat tanda-tanda Russia sedang bersiap sedia untuk menggunakan senjata nuklear.

“Ini adalah contoh terbaru perilaku tidak bertanggungjawab yang kita lihat dari Russia,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Matthew Miller.

Kumpulan tentera upahan Wagner Russia sebelum ini mendakwa berjaya meraih kemenangan di bandar Bakhmut di timur Ukraine selepas pertempuran sengit yang berlangsung selama lebih lapan bulan.

Ini walaupun Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menafikan bahawa Bakhmut sudah jatuh ke tangan Moscow, ahli perniagaan Russia dan Ketua Wagner, Encik Prigozhin, mendakwa sebaliknya dalam pesanan suara kepada 420,000 pengikut Telegramnya.

Melalui kenyataan perkhidmatan akhbar rasmi Kremlin, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengucapkan tahniah kepada tentera Russia dan kumpulan upahan Wagner atas penawanan bandar itu yang digelar Artemovsk oleh Moscow.

Rakaman di kedua-dua saluran televisyen Russia dan Telegram menunjukkan bendera Russia berkibar dari atas bumbung bangunan pangsapuri yang masih berdiri di antara runtuhan bandar Bakhmut.

Ini sekali gus membolehkan tentera Russia berpindah ke bandar berdekatan Chasiv Yar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >