Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Aturan kerja kontroversi yang diajukan Jokowi dapat kelulusan perlembagaan Indo

Feb 17, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Sebuah badan perlembagaan Indonesia, pada Rabu, telah meluluskan peraturan Cipta Kerja yang kontroversi yang diajukan oleh Presiden Joko 'Jokowi' Widodo, kata beberapa anggota parlimen negara itu, dan membuka jalan bagi peraturan tersebut dibahaskan sebelum diterima menjadi undang-undang.



Presiden yang lebih dikenali dengan panggilan 'Jokowi' itu mengeluarkan dekri darurat pada hujung 2022, untuk menggantikan undang-undang Cipta Kerja yang sedia ada.



Hujah beliau adalah keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, memberinya kewenangan di bawah undang-undang bagi melaksanakan kuasa eksekutifnya.



Setelah diluluskan oleh Parlimen, dekri itu akan menjadi satu undang-undang tetap.



Mulanya diluluskan pada 2020, undang-undang Cipta Kerja itu telah menyemak semula lebih 70 undang-undang lainnya dan ini disenangi oleh para pelabur asing untuk memperkemas peraturan perniagaan mereka di negara ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.



Tetapi para pengkritik melihatnya sebagai menggugat hak pekerja dan menghakis perlindungan alam sekitar.



Tetapi Mahkamah Perlembagaan negara itu memutuskan pada 2021 bahawa undang-undang itu serba kekurangan kerana kurang konsultasi dengan pihak awam dan mengarahkannya supaya diadakan perbahasan baru di Parlimen dalam masa dua tahun.



Beberapa pakar undang-undang mengkritik dekri darurat Presiden Jokowi itu sebagai satu muslihat untuk memintas perbahasan yang sepatutnya dan tidak mematuhi perintah mahkamah.



Kesatuan-kesatuan sekerja telah menganjurkan beberapa bantahan secara kecil-kecilan bagi membantah dekri itu.



Pada Januari 2023, satu kumpulan rakyat Indonesia telah meminta Mahkamah Perlembagaan negara itu mengadakan semakan semula terhadap dekri tersebut.



Tetapi pengerusi Badan Perundangan Parlimen, Encik Abdul Wahid, berkata prosedur biasa seperti itu akan memakan masa terlalu lama dan "terdapat keperluan segera bagi menghuraikan isu undang-undang secepatnya".



Sehingga kini, masih belum segera diketahui bila Parlimen akan menjalankan pengundian terhadap peraturan darurat yang diajukan oleh Presiden Jokowi itu.



Pemerintah campuran beliau menguasai lebih 80 kerusi dalam parlimen negara itu.



Biasanya, para anggota parlimen akan turut memberikan persetujuan terhadap pengesahan yang dibuat oleh Badan Perundangan itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >