Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia alami gelombang haba, tingkat risiko kebakaran belukar

Dec 9, 2023 | 1:01 PM
CUACA PANAS: Pihak meteorologi Australia meramalkan suhu maksimum mencapai 40 darjah Celsius di Sydney pada 9 Disember.
CUACA PANAS: Pihak meteorologi Australia meramalkan suhu maksimum mencapai 40 darjah Celsius di Sydney pada 9 Disember. - Foto REUTERS

SYDNEY: Bahagian tenggara Australia berdepan gelombang haba pada 9 Disember yang meningkatkan risiko kebakaran belukar.

Ia menyebabkan pihak berkuasa mengharamkan kebakaran di sebahagian besar negeri New South Wales.

Pihak meteorologi meramalkan suhu maksimum mencapai 40 darjah Celsius di Sydney, ibu kota Australia yang mempunyai penduduk paling ramai, New South Wales, pada 9 Disember.

Ini adalah hampir 15 darjah melebihi kadar purata tertinggi pada Disember bagi bandar itu.

Di Observatory Hill di tengah Sydney, suhu cuaca adalah 37 darjah Celsius pada 11 pagi waktu tempatan (8 pagi waktu Singapura) pada 9 Disember, menurut data meteorologi.

Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, berkata ia adalah “masa untuk memastikan kita menjaga satu sama lain dan kekal selamat”.

“Hari ini di Sydney, dan di bahagian lain di pantai timur, ia menjadi peringatan bahawa mungkin ada sesuatu yang tidak kena dalam hal berkaitan dengan perubahan iklim ini,” kata Encik Albanese, menurut transkrip rasmi.

Dalam satu amaran pada 8 Disember, pihak meteorologi berkata “keadaan gelombang haba yang teruk” akan berterusan merentasi sebahagian besar New South Wales hingga minggu depan, dengan suhu tertinggi diramalkan sepanjang hujung minggu.

Cuaca bahang itu meningkatkan risiko kebakaran belukar di Australia yang kini turut menghadapi musim kebakaran yang sudah berisiko tinggi akibat fenomena iklim, El Nino.

Fenomena El Nino biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca ekstrem seperti kebakaran hutan, taufan dan kemarau.

Pihak berkuasa bomba New South Wales berkata di wadah media sosial X bahawa larangan kebakaran sepenuhnya telah dilaksanakan bagi sebahagian besar negeri, termasuk Sydney, memandangkan ramalan “keadaan yang sangat panas, kering dan berangin”.

Menurut perkhidmatan bomba, terdapat lebih 50 kebakaran rumput dan belukar di seluruh New South Wales pada pagi 9 Disember.

Dua musim kebakaran terakhir di Australia dianggap agak sepi berbanding dengan bencana besar ‘Black Summer’ pada 2019-2020 yang memusnahkan kawasan sebesar Turkey dan mengorbankan 33 orang. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg