Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Asean perlu lebih bersedia hadapi sebarang bencana: Shanmugam

Aug 22, 2023 | 3:16 PM
PERTINGKAT KERJASAMA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, menekankan perlunya mempertingkat kerjasama dalam pengurusan bencana.
PERTINGKAT KERJASAMA: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, menekankan perlunya mempertingkat kerjasama dalam pengurusan bencana. - Foto SCDF

Asean perlu memperdalam kerjasama antara satu sama lain dan dengan rakan antarabangsa serta menerapkan teknologi bagi membangunkan penyelesaian dalam pengurusan bencana dengan lebih baik pada masa depan.

Ini sedang ia mencapai banyak kemajuan dalam pengurusan bencana, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, semasa pembukaan perasmian Minggu Pengurusan Bencana Asean (ADMW) di One Farrer Hotel.

Acara itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan menggalakkan kerjasama di kalangan negara anggota Asean dan pelbagai sektor pengurusan bencana, dalam meningkatkan pengurusan bencana, pengurangan risiko bencana dan daya tahan bencana di rantau ini.

Semasa berucap, Encik Shanmugam berkata walaupun kumpulan itu mencapai banyak kemajuan, lebih banyak cara boleh diterokai untuk menguruskan bencana dengan lebih baik pada masa depan.

Ini lebih-lebih lagi dengan perubahan iklim semakin teruk yang akan menyebabkan bencana berkaitan cuaca lebih kerap berlaku.

Satu contoh ialah gelombang haba pada April dan Mei 2023 di Asia Tenggara dengan Singapura, Thailand, dan Vietnam mencatatkan suhu tinggi sepanjang masa.

Encik Shanmugam berkata Asean perlu memperbaiki dan memperkukuh keupayaan supaya ia boleh membantu masyarakat dengan lebih baik.

Beliau menggariskan tiga cara melakukannya.

“Pertama, kita harus memperdalam kerjasama antara satu sama lain dan dengan rakan antarabangsa supaya kita boleh belajar daripada satu sama lain dan berkongsi kepakaran dan sumber. Dengan tindak balas kolektif, kita boleh bertindak lebih jauh daripada respons sebagai negara individu,” jelas Encik Shanmugam.

Beliau berkata pada 2023, Akademi Pertahanan Awam Singapura melancarkan kemudahan latihan baru, termasuk simulator latihan menyelamat dalam situasi terowong runtuh dan banjir.

“Selain latihan tempatan, Akademi Pertahanan Awam juga akan membuka kemudahan kepada pengurus bencana dan pasukan penyelamat dari rantau ini dan seterusnya, jadi saya menjemput rakan kongsi kita untuk mempertimbangkan perkara ini. Ini akan mewujudkan peluang bagi unit penyelamat serantau dan antarabangsa untuk berlatih bersama,” kata beliau.

Kedua, Encik Shanmugam berkata bahawa masyarakat perlu diperkasakan untuk lebih bersedia, bertindak balas dan pulih daripada bencana melalui program-program membina daya tahan.

Dan ketiga, Asean perlu menerapkan teknologi untuk membangunkan penyelesaian dalam pengurusan bencana.

“Ini termasuk meningkatkan amaran awal bagi bencana yang akan berlaku, memperkukuh kerjasama antara pengamal pengurusan bencana dan meningkatkan respons masyarakat,” tambah beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg