Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia bakal beri hak pekerja tidak endah majikan di luar waktu kerja

Feb 08, 2024 | 08:17 PM



Australia bakal memperkenal undang-undang yang memberi hak kepada pekerja untuk tidak mempedulikan panggilan atau kiriman daripada majikan mereka tanpa alasan penting di luar waktu bekerja.

Pekerja tidak akan dikenakan denda apabila mereka memilih untuk berbuat demikian, namun majikan boleh dikenakan denda sekiranya mereka melanggar undang-undang itu.

“Hak untuk tidak dihubungi” itu adalah salah satu daripada beberapa pindaan terhadap rang undang-undang hubungan industri yang dicadangkan pemerintah persekutuan di parlimen yang berharap dapat melindungi hak pekerja dan membolehkan rakyat mencapai keseimbangan dari segi hidup peribadi dan pekerjaan.

Undang-undang serupa yang memberi hak kepada pekerja mematikan peranti sudah ditetapkan di beberapa negara lain seperti Perancis, Sepanyol dan negara-negara di bawah Persatuan Eropah (EU).

Beberapa anggota senat kini telah mengumumkan mereka menyokong pindaan itu, kata Menteri Pekerjaan Encik Tony Burk daripada parti berunsur sayap kiri tengah, Parti Buruh dalam satu kenyataan pada 7 Februari.

Undang-undang tersebut akan dapat melarang pekerja daripada bertugas dalam waktu tambahan di luar waktu bekerja yang ditetapkan atau ‘overtime’, tanpa gaji menerusi hak untuk tidak dihubungi di luar waktu bekerja, kata Encik Burke.

“Apa yang kami ingin sampaikan adalah semudah seseorang yang tidak digajikan untuk bekerja 24 jam sehari, tidak sepatutnya didenda jika mereka tidak dapat dihubungi dan bersedia memberi balas 24 jam sehari,” kata Perdana Menteri Encik Anthony Albanese kepada media terdahulu pada 7 Februari.

Rang undang-undang itu dijangka diperkenalkan di parlimen lewat minggu ini.

Ia juga melibatkan beberapa hak lain seperti laluan kerjaya yang lebih jelas daripada pekerjaan sementara kepada pekerjaan tetap dan standard minimum bagi pekerja tempoh sementara dan pengendali lori.

Beberapa anggota politik, kumpulan majikan dan pemimpin syarikat, menyatakan bahawa hak yang membolehkan pekerja untuk tidak dihubungi itu adalah satu keterlaluan dan boleh menjejas usaha beralih ke arah aturan pekerjaan fleksibel serta daya saing.

Parti Hijau sayap kiri, yang menyokong pindaan itu merupakan golongan pertama yang mencadangkan undang-undang itu, dan ia satu kemenangan besar bagi parti berkenaan.

Satu persetujuan telah dicapai antara Parti Buruh dan parti-parti kecil serta parti bersendirian lain yang menyokong rang undang-undang itu, kata pemimpin Parti Hijau, Encik Adam Bandt di platform X, dahulu dikenali sebagai Twitter.

“Warga Australia bekerja purata enam minggu tambahan tanpa gaji setiap tahun,” kata Encik Bandt.

Demikian melibatkan jumlah gaji tanpa dibayar yang melebihi A$92 bilion ($80 bilion) di serata ekonomi negara itu, katanya.

“Masa itu adalah hak anda. Bukan bos anda,” ujarnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >