Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Australia, Indonesia tandatangani perjanjian keselamatan baru perkukuh kerjasama serantau

Nov 12, 2025 | 1:40 PM
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese (kiri), menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Kirribilli House, Sydney, pada 12 November 2025.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese (kiri), menyambut ketibaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Kirribilli House, Sydney, pada 12 November 2025. - Foto AFP

SYDNEY: Australia dan Indonesia telah bersetuju untuk menandatangani satu perjanjian keselamatan baharu yang mewajibkan kedua-dua negara berunding sekiranya salah satu menghadapi ancaman keselamatan, kata Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, pada 12 November dalam sidang media bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, di Sydney.

Encik Albanese berkata perjanjian itu merupakan peluasan utama daripada kerjasama keselamatan terdahulu yang dimeterai 30 tahun lalu, dan turut menetapkan komitmen kepada dialog keselamatan berkala antara pemimpin kedua-dua negara.

“Jika keselamatan salah satu atau kedua-dua negara terancam, kami akan berunding dan mempertimbangkan langkah yang boleh diambil, sama ada secara individu atau bersama,” katanya. Beliau menambah bahawa tindakan bersama merupakan cara terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

Sementara itu, Encik Prabowo berkata perjanjian tersebut menegaskan kerjasama rapat dalam bidang pertahanan dan keselamatan. “Tekad kami ialah mengekalkan hubungan terbaik bagi memperkukuh dan menjamin keselamatan kedua-dua negara,” katanya. REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg