Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura antara 13 negara sertai latihan tentera anjuran bersama Indonesia, Amerika

Sep 4, 2025 | 8:24 PM
Anggota Tentera Singapura menjalani latihan dalam hutan di Indonesia bersama pasukan tentera negara lain yang turut serta, termasuk Angkatan Pertahanan Australia.
Anggota Tentera Singapura menjalani latihan dalam hutan di Indonesia bersama pasukan tentera negara lain yang turut serta, termasuk Angkatan Pertahanan Australia. - Foto MINDEF

Satu kontinjen daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) baru-baru ini telah menamatkan penyertaan mereka dalam satu latihan pelbagai hala di Indonesia.

Seramai 46 anggota daripada Tentera Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura serta Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) telah menyertai Latihan Super Garuda Shield yang berlangsung dari 25 Ogos hingga 4 September.

Latihan tersebut, yang dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat, menyaksikan penglibatan sebanyak 13 negara pada edisi 2025, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 4 September.

Lebih 6,000 anggota tentera terlibat secara keseluruhan, menurut Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Jakarta pada 26 Ogos.

Ketua Pegawai Pengawal SAF, Brigedier Jeneral (BG) Wong Pui Chuan, berkata latihan tersebut merupakan wadah penting bagi SAF untuk memperkukuh hubungan profesional serta meningkatkan keupayaan beroperasi bersama dengan angkatan tentera lain yang turut serta.

“Sebagai satu latihan bersama berskala besar dan pelbagai hala, ia mempertingkatkan keupayaan operasi kami, di samping memupuk kerjasama dan persefahaman yang lebih erat antara rakan-rakan,” tambah BG Wong.

SAF telah menyertai latihan ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2022, dengan edisi terkini dijalankan di beberapa lokasi di seluruh Indonesia.

Anggota Tentera Singapura menyertai latihan di lapangan serta latihan tembakan pelbagai senjata bersama pasukan tentera negara lain di Batu Raja, Sumatera.

Sementara itu, latihan perancangan dijalankan di Jakarta, yang turut menjadi lokasi penyertaan anggota DIS dalam latihan pertahanan siber bersama rakan sejawat antarabangsa mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg