Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia kenakan sekatan perjalanan buat individu dari selatan Afrika di tengah keprihatinan mengenai varian Covid-19, Omicron

Nov 27, 2021 | 12:17 PM



MELBOURNE: Australia pada Sabtu (27 November) mengenakan sekatan baru pada individu yang telah berkunjung ke sembilan negara sekitar selatan Afrika, sedang varian baru Covid-19, Omicron, menimbulkan keprihatinan tentang gelombang lanjutan pandemik ini.



Negara-negara yang dimaksudkan adalah Afrika Selatan, Namibia, Zimbabwe, Botswana, Lesotho, Eswatini, the Seychelles, Malawi dan Mozambique.



Dengan serta-merta dikuatkuasakan, pemerintah Australia akan menghalang golongan bukan warga negara daripada negara ini daripada memasuki Australia. Ia juga memerlukan warga Australia dan tanggungan mereka yang pulang dari negara-negara ini agar menjalani kuarantin 14 hari, kata Menteri Kesihatan, Encik Greg Hunt.



Sekatan ini juga buat pelajar antarabangsa dan penghijrah berkemahiran yang datang daripada negara berkenaan, yang mempunyai gelembung perjalanan bersama Australia, dan telah berkunjung ke salah sebuah daripada sembilan negara ini dalam masa 14 hari lalu.



"Jika bukti perubatan menunjukkan tindakan lanjut diperlukan, kami tidak teragak-agak untuk mengambilnya. Dan ini mungkin melibatkan usaha memperkukuh atau memperluas sekatan," jelas Encik Hunt.



Sesiapa yang telah tiba di Australia dan telah ke negara yang disenaraikan dalam tempoh 14 hari lalu harus dengan segera mengasingkan diri dan menjalani ujian. 



Pemerintah Australia juga akan menggantung semua penerbangan dari sembilan negara Afrika Selatan buat dua minggu.  



Seramai 20 pengembara dari Afrika Selatan kini dikuarantin di kemudahan Howard Springs di Wilayah Utara Australia dengan 19 daripada mereka yang diuji negatif Covid-19. Belum diketahui lagi jika seorang individu yang diuji positif dilanda varian Omicron, kata Encik Hunt.



Penemuan virus berkenaan yang mempunyai protein pepaku adalah berbeza secara dramatik daripada teras vaksin yang sedia ada lantas mencetus kejutan global pada Jumaat apabila beberapa negara bergegas menggantung perjalanan dari Afrika Selatan dengan pasaran saham mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh masa lebih setahun.



Australia awal bulan ini melonggarkan sekatan sempadan antarabangsa buat kali pertama sewaktu pandemik, membolehkan penduduk yang lengkap divaksin kembali ke negara itu tanpa kuarantin selepas tahap vaksinasi yang lebih tinggi.



Negara ini telah banyak membasmi jangkitan bagi kebanyakan tahun ini sehingga penularan varian Delta yang mudah menjangkiti sekitar lewat Jun yang menular cepat merentasi bahagian timur negara ini. Sekitar 205,000 kes dikenal pasti dan 1,985 kematian dilaporkan sejauh ini. Angka ini lebih rendah daripada kebanyakan negara lain di dalam dunia maju. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >