Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Azan dua minit awal, jemaah Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan diminta qada puasa

Apr 08, 2023 | 05:18 PM



YAN (Kedah): Umat Islam yang bergantung kepada laungan azan Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan, dekat sini, untuk berbuka puasa pada 30 Mac lalu, diminta melakukan puasa ganti atau qada.



Ini selepas berlaku kesilapan apabila azan masjid itu dilaungkan dua minit lebih awal berbanding waktu berbuka ditetapkan iaitu pada jam 7.28 malam.



Timbalan Pengerusi Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan, Encik Ahmad Nasir, berkata kesilapan itu terjadi disebabkan berlakunya masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.



"Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Khamis 8 Ramadan bersamaan 30 Mac 2023 disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.



"Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame' Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada," katanya dalam kenyataan yang diedar kepada penduduk sekitar.



Ahmad berkata, hukum menggantikan puasa itu bersandarkan pandangan Jumhur Ulama dari kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan dalam kalangan ramai ulama Hanbali yang menyatakan bahawa puasa itu batal dan wajib diqada.



"Jemaah boleh merujuk syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 untuk penjelasan lanjut.



"Pihak masjid sekali lagi memohon maaf di atas kesilapan dan kesulitan yang berlaku," katanya. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >