Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badan hak asasi manusia: ‘Jenayah kejam’ di Gaza mesti dihukum

Jan 17, 2025 | 2:11 PM
Sehingga 1 Disember 2024, hampir 69 peratus atau 170,812 bangunan di Gaza telah musnah atau rosak akibat pengeboman Israel, menurut imejan satelit yang dianalisis oleh Pusat Satelit PBB (Unosat).
Sehingga 1 Disember 2024, hampir 69 peratus atau 170,812 bangunan di Gaza telah musnah atau rosak akibat pengeboman Israel, menurut imejan satelit yang dianalisis oleh Pusat Satelit PBB (Unosat). - Foto AFP

NEW YORK: Badan pemantau hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) menggesa agar hukuman dikenakan ke atas “jenayah kejam” yang dilakukan “pada dan sejak 7 Oktober 2023,” di Israel dan Gaza, selepas perjanjian gencatan senjata dilaksanakan kelak.

“Meskipun pegawai Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata berbilang fasa, jenayah kejam yang dilakukan pada dan sejak 7 Oktober 2023, tidak boleh terlepas daripada hukuman,” kata ketua HRW, Cik Tirana Hassan.

Bercakap dalam sidang akhbar pada 16 Januari untuk melancarkan laporan tahunan pertubuhan itu, beliau berkata Israel telah melakukan “jenayah terhadap kemanusiaan” dan mungkin “pembunuhan beramai-ramai” semasa perang Gaza.

Qatar dan Amerika Syarikat pada 15 Januari mengumumkan perjanjian gencatan senjata telah dicapai antara Israel dengan Hamas dalam perang selama 15 bulan.

Gencatan senjata yang rapuh itu akan bermula pada 19 Januari tetapi masih perlu diluluskan oleh Kabinet Israel.

Tetapi, serangan udara Israel masih berterusan kerana ia menuduh kumpulan bersenjata Palestin mengingkari sebahagian daripada perjanjian itu.

“Walaupun gencatan senjata akan membawa sedikit kelegaan kepada berjuta-juta orang yang kehilangan tempat tinggal di Gaza, ia tidak akan menjadi penyelesaian dengan sendirinya,” kata Cik Hassan.

Sekurang-kurangnya 1.9 juta orang – atau 90 peratus penduduk Gaza – telah kehilangan tempat tinggal, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dianggarkan 345,000 orang di Gaza menghadapi “tahap bencana” ketidakamanan makanan, kata PBB.

“Pihak berkuasa Israel perlu membenarkan bahan masuk untuk membina semula infrastruktur, termasuk bekalan air dan sistem kesihatan, yang telah musnah semasa konflik ini, serta bantuan kemanusiaan,” tambahnya.

Serangan berterusan Israel telah membunuh 46,788 rakyat Palestin, menurut angka Kementerian Kesihatan Gaza.

Sehingga 1 Disember 2024, hampir 69 peratus atau 170,812 bangunan di Gaza telah musnah atau rosak akibat pengeboman Israel, menurut imejan satelit yang dianalisis oleh Pusat Satelit PBB (Unosat).

Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International berkata bahawa lebih daripada 90 peratus bangunan di sepanjang 58 kilometer persegi wilayah sempadan Gaza dengan Israel telah “musnah atau rosak teruk” antara Oktober 2023 dengan Mei 2024.

PBB menganggarkan pembinaan semula di wilayah itu akan mengambil masa sehingga 15 tahun dan menelan belanja AS$50 bilion ($68.3 bilion).

Menjelang 31 Disember 2024, hanya 18 daripada 36 hospital di Gaza, atau separuh, sebahagiannya berfungsi, menurut Pertubuhan Kesihatan Seduia (WHO). – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg