Badan ski S’pura sasar 5 atlet Olimpik Musim Sejuk 2030

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Badan ski S’pura sasar 5 atlet Olimpik Musim Sejuk 2030

Mar 17, 2026 | 2:12 PM

Badan ski S’pura sasar 5 atlet Olimpik Musim Sejuk 2030

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ski alpine, Morgan Celley, Faiz Basha, ski dreams
Pemain ski alpine Singapura, Morgan Celley (kiri) dan Faiz Basha, menghadiri tayangan khas, ‘Ski Dreams’, di Galeri Nasional Singapura pada 16 Mac. Dokumentari itu mengisahkan perjalanan mereka sebagai atlet sukan musim sejuk. - Foto ST

Apabila pemain ski alpine, Faiz Basha, menjadi atlet Olimpik Musim Sejuk kedua Singapura baru-baru ini, ia juga memenuhi impian 12 tahun presiden Persatuan Ski dan Luncur Salji Singapura (SSSA), Marco Bardelli.

Selama lebih sedekad, senarai tugasan Bardelli termasuk memastikan seorang pemain ski Singapura layak ke acara empat tahunan itu.

Kini setelah sasaran itu tercapai, Bardelli menyasarkan lima atlet mengibarkan bendera Singapura di Sukan Olimpik Musim Sejuk akan datang, di Alps Perancis pada 2030.

Selepas penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Milano-Cortina, Faiz, 24 tahun, berkata semangatnya semakin kental untuk bertanding dalam sekurang-kurangnya dua lagi sukan tersebut.

Mereka bercakap dengan media di Galeri Nasional Singapura pada 16 Mac, di luar tayangan khas Ski Dreams – sebuah dokumentari yang menceritakan perjalanan dua atlet sukan musim sejuk Singapura, Faiz, dan pemain ski wanita, Morgan Celley, 19 tahun.

Bardelli, yang juga pengurus pasukan kontinjen Sukan Olimpik Musim Sejuk Singapura 2026, berkata:

“Impian yang anda lihat hari ini (penampilan sulung Faiz di Olimpik) adalah impian saya sejak 12 tahun yang lalu, ketika saya mula mencari atlet untuk dihantar ke Sukan Olimpik.”

Impiannya pada 2030 ialah menghantar lima atlet dari Singapura.

Ketiadaan gunung dan salji di sini sentiasa menjadi cabaran untuk membangunkan atlet sukan salji.

Justeru SSSA komited untuk mencari bakat di luar negara yang mempunyai kaitan dengan Singapura.

Bardelli, seorang rakyat Singapura yang telah bersama SSSA selama lebih sedekad, berkata:

“Buat masa ini, (kami sedang cuba melalui) berita mulut ke mulut.

“Tetapi saya fikir kejayaan Faiz dan mungkin juga dokumentari ini akan menimbulkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada keluarga yang tinggal di lokasi geografi berdekatan dengan gunung dan salji.”

Keyakinan Bardelli berpunca daripada kemunculan bakat muda seperti Caroline Chor yang berpangkalan di Amerika Syarikat, seorang pelompat ski berusia 15 tahun yang mewakili Singapura di Kejohanan Ski Dunia Junior Nordik di Norway pada awal Mac.

Selain itu, terdapat Ryo Ong, peluncur laju trek pendek berusia 19 tahun, yang mara ke peringkat akhir 1,500 meter lelaki di Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk Gangwon 2024.

Pada Februari, Faiz menjadi wakil kedua Singapura di Sukan Olimpik Musim Sejuk, selepas penampilan peluncur laju trek pendek, Cheyenne Goh, di Sukan Pyeongchang 2018.

Pada 14 Februari, Faiz mencatatkan Did Not Finish (DNF) atau tidak menamatkan larian pertama acara slalom gergasi di Pusat Ski Stelvio di Bormio, Italy.

Beberapa hari kemudian, beliau mencatatkan masa 2 minit 20.45 saat dalam dua larian untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-35.

Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan bagi warga Singapura itu, memandangkan lebih separuh daripada 96 peserta mencatatkan DNF disebabkan oleh keadaan yang sukar.

Walaupun mahasiswa kejuruteraan mekanikal Universiti Strathclyde di Glasgow, Scotland, itu perlu menumpukan perhatian kepada pengajiannya, namun beliau bersiap sedia bagi pertandingan utama seterusnya – Sukan Universiti Dunia 2027 di Chungcheong, Korea Selatan; Kejohanan Ski Dunia Alpine 2027 di Switzerland; dan Sukan Musim Sejuk Asia 2029.

“Impian yang anda lihat hari ini (penampilan sulung Faiz di Olimpik) adalah impian saya sejak 12 tahun yang lalu, ketika saya mula mencari atlet untuk dihantar ke Sukan Olimpik... saya fikir kejayaan Faiz dan mungkin juga dokumentari ini akan menimbulkan kesedaran dan memberi inspirasi kepada keluarga yang tinggal di lokasi geografi berdekatan dengan gunung dan salji.”
Marco Bardelli, Persatuan Ski dan Luncur Salji Singapura (SSSA).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg